KOTA BHARU: Kerajaan negeri merayu rakyat Kelantan supaya segera mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 berikutan jumlah pendaftaran masih rendah berbanding negeri-negeri lain.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata pihaknya akan memperbanyakkan usaha untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai kepentingan vaksin COVID-19.
"Saya merayu kepada semua rakyat agar membuat pendaftaran melalui pelbagai kaedah yang disediakan sama ada melalui aplikasi MySejahtera ataupun secara manual.
"Jumlah yang mendaftar sekarang sedikit, angka sebenar saya tidak ketahui tetapi sedikit berbanding negeri-negeri lain seperti yang dimaklumkan kepada saya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima suntikan dos vaksin COVID-19 kali kedua di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, pada Selasa.
Turut sama menerima suntikan kali kedua itu ialah Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Exco kerajaan negeri, ketua Jabatan kerajaan dan petugas barisan hadapan.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata bagi mengatasi masalah pendaftaran rendah itu, kerajaan negeri akan mengarahkan pegawainya supaya menyampaikan maklumat berkaitan suntikan tersebut kepada masyarakat.
"Kami tidak mahu mereka mengambil sikap tunggu dan lihat. Bagi saya tidak perlu lagi mengambil sikap sedemikian, segeralah berdaftar dan mendapat nombor giliran," katanya.
Sementara itu mengulas mengenai peruntukan sebanyak RM20 juta yang bakal diterima daripada Kerajaan Persekutuan, Ahmad Yakob berkata beliau amat berterima kasih dengan bantuan yang diumumkan itu.
"Dana itu akan digunakan sebaik-baiknya dan paling penting peruntukan itu akan disalurkan secara umumnya untuk membela rakyat dan membina infrastruktur seperti jalan serta kemudahan lain," katanya.
Pada Sabtu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan kerajaan telah setuju menyalurkan secara langsung bantuan khas berjumlah RM260 juta kepada semua kerajaan negeri.
Tengku Zafrul berkata bantuan berkenaan akan diagihkan secara sama rata, iaitu RM20 juta kepada setiap negeri untuk pelaksanaan segera projek-projek kecil bagi memulihkan ekonomi setempat di peringkat akar umbi.
Muhafandi Muhamad
Tue Mar 23 2021
Ahmad ditemui pemberita selepas menerima suntikan dos vaksin COVID-19 kali kedua di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, pada Selasa. - Gambar/ Bernama
Peguam Negara tarik balik rayuan pembebasan Zahid Hamidi
Peguam Negara menarik balik rayuan terhadap pembebasan Ahmad Zahid daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung kontrak VLN.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Situasi banjir di enam negeri beransur pulih, jumlah mangsa di PPS berkurangan
Situasi banjir di enam negeri menunjukkan perkembangan positif, dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini, berkurangan berbanding malam tadi.
Amaran banjir di empat negeri dari 8 Disember sehingga 11 Disember - JPS
Ia berikutan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), pada Khamis.
Kesedaran orang ramai pindah ke PPS sangat luar biasa - MERCY
Bencana banjir pada tahun ini menunjukkan tahap kesedaran dalam kalangan orang ramai untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementera (PPS) secara sukarela yang sangat mengagumkan.
Banjir di tujuh negeri beransur pulih petang ini
Situasi banjir di tujuh negeri yang terjejas akibat bencana itu semakin pulih petang ini.
Amaran hujan berterusan di tujuh negeri hingga 11 Disember
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang melibatkan tujuh negeri hingga 11 Disember ini.
Banjir: 71,196 mangsa masih berteduh di 246 PPS setakat jam 5 petang
Ini merupakan penurunan sebanyak 1,149 orang berbanding 72,345 orang yang dilaporkan pada jam 4 petang tadi, menurut portal InfoBencanaJKM.
Banjir: Jumlah mangsa menurun kepada 82,059 orang, 322 PPS masih beroperasi di 7 negeri
Ia penurunan sebanyak 3,663 mangsa berbanding 85,722 orang yang dilaporkan pada jam 12 tengah hari.
Hujan lebat dijangka di Kelantan, Terengganu esok, luruan monsun dari 8-14 Disember ini
Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan luruan monsun akan berlaku dari 8 hingga 14 Disember ini di timur Semenanjung.
Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.