awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Mayat mangsa diserang buaya ketika memancing ditemukan di Sungai Maong
DUNIA
112 kanak-kanak dimasukkan ke hospital setiap hari di Gaza akibat kekurangan zat makanan
DUNIA
UK sertai perbincangan ASEAN mengenai jenayah rentas sempadan buat kali pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Pendaki Malaysia alami kecederaan serius terjatuh di Gunung Rinjani

Sinar Harian
Sinar Harian
28/06/2025
05:00 MYT
Sponsor Banner
Pendaki Malaysia alami kecederaan serius terjatuh di Gunung Rinjani
Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - Foto Sinar Harian/ Agensi
LOMBOK: Seorang pendaki warga Malaysia menjadi mangsa terbaharu kejadian kemalangan di Gunung Rinjani, Indonesia selepas dilaporkan terjatuh ketika dalam perjalanan menuju ke Danau Segara Anak, pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • Seorang pendaki warga Malaysia cedera parah selepas terjatuh kira-kira 200 meter ketika menuju ke Danau Segara Anak di Gunung Rinjani, Indonesia; mangsa mengalami patah tulang pinggul dan luka di kepala.
  • Operasi menyelamat digerakkan segera oleh pihak Taman Nasional Gunung Rinjani dan mangsa diberi rawatan awal sebelum dibawa ke pos kawalan; rawatan lanjut akan dilakukan di fasiliti kesihatan berdekatan jika perlu.
  • Ini merupakan insiden kedua melibatkan warga asing dalam seminggu di Gunung Rinjani, mendorong pihak berkuasa menekankan kepentingan keselamatan dan kewaspadaan semasa pendakian.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius termasuk patah tulang pinggul dan luka pada bahagian kepala selepas terjatuh kira-kira 200 meter sebelum tiba di jambatan ke lokasi tumpuan itu.
Ketua Balai Taman Nasional Gunung Rinjani (BTNGR), Yarman mengesahkan kejadian yang berlaku sekitar jam 2.20 petang waktu tempatan itu dan memaklumkan operasi menyelamat digerakkan sejurus menerima maklumat awal.
“Maklumat awal menunjukkan mangsa masih mampu berjalan perlahan walaupun mengalami kecederaan pada kaki dan hentakan di kepala. Pasukan kami telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan rawatan kecemasan dan operasi menyelamat,” katanya kepada media pada Sabtu.
Menurut beliau, prosedur menyelamat dilakukan mengikut standard keselamatan ditetapkan, termasuk pemberian rawatan awal di lokasi sebelum mangsa dibawa ke pos kawalan terdekat seperti Posko Sembalun.
Sekiranya memerlukan rawatan lanjut, mangsa akan dirujuk ke fasiliti kesihatan seperti Hospital Bhayangkara Mataram atau Pusat Kesihatan Masyarakat (Puskesmas) di daerah Sembalun.
Yarman dalam masa sama menasihatkan semua pendaki supaya lebih berwaspada dan tidak memandang ringan cabaran semasa melakukan pendakian di Gunung Rinjani.
“Topografi Rinjani sangat mencabar. Pendaki perlu berhati-hati, tidak memaksa diri sekiranya penat, dan segera berehat atau meminta bantuan jika berdepan kesukaran,” tegasnya.
Untuk rekod, ini merupakan insiden kedua membabitkan warga asing dalam tempoh seminggu di gunung berapi terkenal itu.
Pada 21 Jun lalu, seorang pendaki warga Brazil, Juliana Marins, 27, maut selepas terjatuh ketika mendaki ke puncak Rinjani, mencetuskan kebimbangan berhubung tahap keselamatan laluan pendakian tersebut.
“Keselamatan harus menjadi keutamaan utama dalam setiap perjalanan,” tambah Yarman. - Sinar Harian/ Agensi
Topic Berkaitan
#Gunung Rinjani
#pendaki Malaysia
#pendaki Malaysia jatuh Rinjani
#cedera parah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami