awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
Monsun Barat Daya: Bekalan tanaman, ternakan terkawal - Mohamad
GAYA HIDUP
Diet Jepun mungkin bantu tangani gejala kemurungan - Kajian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

UK sertai perbincangan ASEAN mengenai jenayah rentas sempadan buat kali pertama

Bernama
Bernama
28/06/2025
10:21 MYT
Sponsor Banner
UK sertai perbincangan ASEAN mengenai jenayah rentas sempadan buat kali pertama
UK dan Vietnam telah bersama-sama membentangkan cadangan bagi usaha serantau pada masa depan untuk memerangi pemerdagangan orang dan pusat penipuan. - Gambar hiasan/Astro AWANI
JAKARTA: United Kingdom (UK) buat pertama kalinya menyertai Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan (SOMTC) melalui rundingan terbuka semasa sesi ke-25 forum itu yang diadakan di Putrajaya, Malaysia dari 23 hingga 27 Jun.
Menurut kenyataan Misi UK ke ASEAN, penyertaan UK yang diwakili oleh Pengarah Strategi Antarabangsa, Penglibatan dan Devolusi Pejabat Dalam Negerinya Asim Hafeez menandakan langkah penting dalam mengembangkan perkongsiannya dengan Asia Tenggara mengenai keselamatan serantau dan penguatkuasaan undang-undang.
Semasa sesi itu, UK dan Vietnam telah bersama-sama membentangkan cadangan bagi usaha serantau pada masa depan untuk memerangi pemerdagangan orang dan pusat penipuan, yang disifatkan mendatangkan kemudaratan serius dan menjejaskan keselamatan di seluruh rantau ini.
Penglibatan itu dibina atas kerjasama sedia ada antara UK dan ASEAN, termasuk perkongsian antara Agensi Jenayah Kebangsaan UK dan Ketua Polis ASEAN (ASEANPOL) serta sokongan untuk menubuhkan Kumpulan Kerja Pengubahan Wang Haram ASEAN dengan kerjasama Malaysia dan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC).
Duta Besar UK ke ASEAN Sarah Tiffin berkata negara itu komited bekerjasama dengan ASEAN untuk menangani jenayah terancang yang serius.
"Jenayah ini bukan sahaja memudaratkan individu dan masyarakat malah turut menghakis kepercayaan, mendorong aktiviti rasuah, melemahkan tadbir urus dan mengancam kedaulatan undang-undang," katanya.
Beliau berkata UK berbesar hati untuk menyokong usaha serantau membanteras penipuan dan kewangan haram yang dilihat sebagai pemacu jenayah terancang dan ketidakstabilan.
UK juga berjanji untuk menyokong Sidang Kemuncak Penipuan Global UNODC-INTERPOL di Vienna pada Mac 2026 dan akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Kewangan Haram di London, kedua-duanya bertujuan mengukuhkan kerjasama antarabangsa dan memajukan standard global.
Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN pada 2025, turut mengalu-alukan hubungan lebih erat dengan UK, terutamanya dalam usaha memperkukuh integriti kewangan, menangani penipuan dalam talian serta membanteras rangkaian jenayah yang mengeksploitasi kelemahan serantau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#United Kingdom
#ASEAN
#jenayah rentas sempadan
#pemerdagangan orang
#somtc
#pusat penipuan dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami