awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia pintas bot 'pom-pom', tahan 80 PATI
GPS fokus bantu rakyat, tarikh PRN Sarawak bukan keutamaan - Fadillah
Pemimpin Pas 'kunci mulut' intipati mesyuarat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim

Bernama
Bernama
25/05/2024
21:30 MYT
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Purnima Shrestha berjaya menawan Gunung Everest, dengan ketinggian 8,848.86 meter, pada pagi Sabtu waktu tempatan. - IG Purnima Shrestha
KATHMANDU: Purnima Shrestha, pendaki gunung dari Nepal, mencipta rekod pagi Sabtu, menjadi wanita pertama menawan gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest atau Gunung Qomolangma (bahasa Tibet), tiga kali dalam satu musim pendakian, lapor Xinhua.
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu, kata pengarah eksekutif 8K Expeditions, Pemba Sherpa yang menguruskan ekspedisi berkenaan.
"Ia adalah pencapaian luar biasa baginya kerana tiada wanita sebelum ini pernah mendaki Gunung Qomolangma tiga kali dalam satu musim," kata Sherpa kepada Xinhua.
Sebelum ini, Shrestha mendaki puncak setinggi 8,848.86 meter itu pada 12 Mei dan 19 Mei semasa musim pendakian musim bunga ini. Beliau pertama kali menawan puncak berkenaan pada 2018.
Selain Gunung Everest yang terletak di sempadan Nepal dan China, Shrestha juga telah mendaki Gunung Manaslu (8,163 m), Gunung Annapurna I (8,091m), Gunung Dhaulagiri (8,167m), Gunung Kanchenjunga (8,586m), Gunung Lhotse (8,516m), Gunung Makalu (8,463m) dan K2 (8,611m).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendaki wanita
#Purnima Shrestha
#Nepal
#Gunung Everest'
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan