awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendakwaan ahli politik bersifat balas dendam, ugutan - Pekemas

Astro Awani
Astro Awani
30/11/2023
10:44 MYT
Pendakwaan ahli politik bersifat balas dendam, ugutan - Pekemas
Faizan berkata, rakyat muak dengan kes-kes pendakwaan ahli politik seperti ini kerana ia membazir masa dan duit pembayar cukai - Foto/fail
KUALA LUMPUR: Beberapa siri kes pendakwaan ahli politik didakwa bersifat balas dendam dan ugutan apabila kerajaan pada hari ini dilihat mengambil tindakan pendakwaan terpilih.
Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Faizan Mohd Noor berkata, rakyat muak dengan kes-kes pendakwaan ahli politik seperti ini kerana ia membazir masa dan duit pembayar cukai yang sepatutnya difokuskan kepada masalah rakyat.
BACA: Kes Adam Radlan: Hentikan pendakwaan politik - Peguam
"Apabila kerajaan baharu memimpin Malaysia, rakyat mengharapkan pimpinan baharu ini membawa Malaysia ke sistem baharu yang lebih adil, saksama dan bebas secara sepenuhnya.
"Tetapi kita tetap disajikan dengan berita-berita pendakwaan bermotifkan politik sehingga ia dianggap sebagai norma-norma biasa apabila kerajaan beralih tangan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mengulas lanjut, Faizan berkata perkara sedemikian disifatkan sebagai tidak sihat.
Dakwa beliau lagi, antara kes ahli politik yang dilihat bersifat bermotifkan politik ialah melibatkan Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad.
Adam Radlan, yang juga Pengarah Syarikat Bayu Bumiraya Sdn Bhd itu didakwa atas enam pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) berjumlah RM3.7 juta di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada 9 November lalu.
Sebelum ini, beliau turut berdepan enam pertuduhan lain iaitu lima kes rasuah berhubung projek Jana Wibawa dan satu AMLA.
Pada masa yang sama, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris turut didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas satu pertuduhan menghasut, dengan mengaitkan pembebasan seorang pemimpin daripada 47 kes jenayah dengan sabitan bersalah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, di Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, beberapa minggu lalu.
Topic Berkaitan
#Adam Radlan Adam Muhammad
#Jana Wibawa
#Pendakwaan bermotif politik
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan