awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendakwaan dibuat berdasarkan fakta, bukan tekanan - Peguam Negara

Luqman Hariz
Luqman Hariz
10/03/2023
11:54 MYT
Pendakwaan dibuat berdasarkan fakta, bukan tekanan - Peguam Negara
Idrus Harun berkata, mana-mana individu akan didakwa jika ada bukti kukuh kesalahan dilakukan, tanpa mengira status atau latar belakang individu tersebut. - Foto www.kehakiman.gov.my
KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menegaskan sebarang keputusan untuk mengenakan pertuduhan terhadap mana-mana individu adalah berdasarkan keterangan dan fakta daripada penyiasatan.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menafikan tohmahan bahawa wujudnya sebarang pendakwaan terpilih dan penganiayaan yang bermotifkan politik terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang.
“Keputusan dibuat dengan adil berdasarkan keterangan dalam kertas siasatan, tidak memihak kepada sesiapa berlandaskan teras integriti bagi memastikan mangsa, saksi, tertuduh dan orang awam memperoleh keadilan yang sewajarnya selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Beliau menambah, Peguam Negara menjalankan tugasnya secara adil tanpa mengambil kira individu yang terlibat.
“Sekiranya terdapat keterangan dan bukti kukuh bahawa mana-mana individu telah melakukan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang, individu tersebut akan didakwa berdasarkan peruntukan undang-undang tanpa mengira status dan latar belakang,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Peguam Negara Idrus Harun
#siasatan terhadap individu
#Perkara 145 3 Perlembagaan Persekutuan
#fakta siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan