awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Pulau Pinang sita 73 kereta mewah bernilai lebih RM10 juta dalam Op Luxury
[TERKINI] Bekas KP Perisikan Pertahanan didakwa terima suapan AS$20,000, tiket penerbangan
JIM tahan 19 wanita warga asing, bongkar pusat kecantikan tawar khidmat tidak bermoral
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendakwaan tarik balik rayuan terhadap pembebasan Tian Chua tuduhan hasutan

Bernama
Bernama
14/07/2016
07:30 MYT
Pendakwaan tarik balik rayuan terhadap pembebasan Tian Chua tuduhan hasutan
Pesuruh jaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan mengambil keputusan bahawa pendakwaan gagal membuktikan yang Tian Chua telah menyebut kata-kata fitnah berhubung pencerobohan di Lahad Datu dalam sebuah portal berita. - Gambar fail
Pihak pendakwaan hari ini menarik balik rayuannya terhadap pembebasan Anggota Parlimen Batu, Tian Chua daripada tuduhan memfitnah.
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan sidang tiga anggota panel hakim, membatalkan rayuan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya K.Mangai memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan menarik balik rayuan pembebasan Tian Chua.
Dua lagi hakim dalam panel itu ialah Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Zabariah Mohd Yusof.
Dengan perkembangan itu, pembebasan Tian Chua atau Chua Tian Chang dikekalkan kerana Mahkamah Rayuan merupakan tempat terakhir bagi pendakwaan untuk merayu memandangkan kes itu bermula di Mahkamah Sesyen.
Pada 2 Mac tahun ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen untuk membebaskan Tian Chua daripada tuduhan menghasut selepas menolak rayuan pendakwaan.
Pesuruh jaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan mengambil keputusan bahawa pendakwaan gagal membuktikan yang Tian Chua telah menyebut kata-kata fitnah berhubung pencerobohan di Lahad Datu dalam sebuah portal berita.
Pada 14 Nov 2014, Hakim Mahkamah Sesyen Norsharidah Awang melepaskan dan membebaskan Tian Chua, 52, di peringkat kes pendakwaan tanpa di dipanggil membela diri.
Tian Chua dituduh menghasut dengan menyatakan bahawa pencerobohan di Lahad Datu merupakan rancangan konspirasi UMNO untuk mengalihkan perhatian dan menakut-nakutkan orang ramai.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu, dekat Jalan Yew di sini, kira-kira 11 pagi, 1 Mac 2013.
Tian Chua yang hadir semasa prosiding itu diwakili peguam Eric Paulsen.
Topic Berkaitan
#pembebasan
#pencerobohan di Lahad Datu
#tarik balik rayuan
#Tian Chua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan