awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendakwah bebas dakwa wujud 'Berhala Berserban' dalam masyarakat

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
17/05/2015
13:37 MYT
Pendakwah bebas dakwa wujud 'Berhala Berserban' dalam masyarakat
Pendakwah bebas dakwa wujud 'Berhala Berserban' dalam masyarakat (Gambar: Fail)
Seorang pendakwah bebas melabelkan pihak yang menggunakan agama supaya umat Islam di negara ini terpengaruh dan taksub sehingga mengiyakan segala apa dikatakan mereka sebagai 'berhala berserban'.
Wan Ji Wan Husin, yang pernah disiasat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata, beliau melabelkan kumpulan tersebut dengan gelaran tersebut kerana golongan itu dilihat cuba meyakinkan rakyat bahawa mereka ‘suci dan perlu ditaati’.
"Ada pihak (agamawan) yang sentiasa berusaha membodohkan masyarakat atas nama agama. Mereka ini berusaha supaya masyarakat melihat mereka sebagai suci dan perlu ditaati.
"Berhala berserban ini banyak dalam masyarakat, dalam PAS pun banyak kumpulan seperti ini," katanya ketika menjadi ahli panel dalam sebuah forum bertajuk 'Buku Haram: Terorisme Kebebasan'.
Forum tersebut diadakan sempena acara Festival Hari Kebebasan Media Sedunia anjuran Gerakan Media Marah (Geramm), Malaysiakini dan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).
Kata penulis buku 'Ulama Yang Bukan Pewaris Nabi' itu, umat Islam tidak seharusnya menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh ulama kerana bukan semua yang diperkatakan golongan itu benar dan perlu diikuti.
"Tuhan adalah Tuhan dan agamawan adalah agamawan. Kita hanya perlu taat kepada Tuhan bukan memberi ketaatan kepada golongan ulama atau agamawan," katanya lagi.
Sementara itu ketika mengulas mengenai pengharaman buku tulisan Faisal Tehrani yang didakwa ada unsur Syiah, Wan Ji berkata tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat kerana pihak terbabit gagal memberi panduan atau membahaskan sesuatu isu secara menyeluruh, tanpa mengira fahaman ataupun mazhab.
"Mereka (Jakim) tidak faham mengenai sesuatu isu dan menyebabkan orang makin keliru dengan Islam," katanya.
Tegas Wan Ji, kegagalan membahaskan secara menyeluruh isu itu berpunca daripada sikap malas membaca dalam kalangan golongan ulama.
Katanya, dalam banyak hal, golongan ulama ketika berhujah sering dipengaruhi sentimen yang hanya memihak kepada aliran tertentu.
Topic Berkaitan
#agamawan
#Geramm
#Wan Ji Wan Husin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan