Skip to main content

Malaysia

Pendakwah bebas terkenal tiba di mahkamah untuk pertuduhan seleweng dana NGO RM13 juta

Pendakwah bebas yang juga pempengaruh agama terkenal tiba di Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu untuk berdepan pertuduhan menyeleweng dana NGO bernilai hampir RM13 juta._Sinar Harian
Pendakwah bebas tiba di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini untuk berdepan pertuduhan menyeleweng dana NGO bernilai hampir RM13 juta. - Foto Sinar Harian
Advertisement

SEREMBAN: Pendakwah bebas yang juga pempengaruh agama terkenal tiba di Mahkamah Sesyen di sini hari ini untuk berdepan pertuduhan menyeleweng dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bernilai hampir RM13 juta.

Selain pendakwah berusia 30-an yang juga pengerusi NGO berkenaan, seorang wanita yang juga setiausaha pertubuhan itu turut berdepan pertuduhan.

Mereka tiba di mahkamah sekitar jam 8.30 pagi bersama peguam.

Media sebelum ini melaporkan pendakwah bebas terbabit yang turut dikenali sebagai pempengaruh agama di media sosial, terutama TikTok ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)Negeri Sembilan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana NGO terbabit.

Image
Seorang wanita yang juga setiausaha NGO turut berdepan pertuduhan sama tiba di Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu._Sinar Harian
Seorang wanita yang juga setiausaha NGO turut berdepan pertuduhan sama tiba di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini. - Foto Sinar Harian

Individu berkenaan dipercayai menyalahgunakan kedudukannya dan bersubahat dengan ahli jawatankuasa lain dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun bank miliknya serta lapan akaun syarikat yang turut dimilikinya.

Siasatan SPRM sebelum ini dijalankan bagi mengenal pasti aliran dana terbabit serta kemungkinan wujud salah guna kuasa dalam pengurusan kewangan NGO berkenaan. - Sinar Harian

 

Must Watch Video

Advertisement