COVID-19 membawa pelbagai cerita, baik suka mahupun duka namun dalam dunia perniagaan, lazimnya ia tidak dapat lari dari kisah menanggung kerugian dan hilang sebahagian besar pendapatan.
Begitu juga yang berlaku kepada Kontraktor Elektrikal dan Mekanikal, K Aaron Inbaraj yang kehilangan hampir 75 peratus pendapatan bulanannya, dari RM200,000 kepada tidak sampai RM50,000 sebulan.
Hidup di Kuala Lumpur, kota metropolitan yang acap kali menghimpit penghuninya dengan isu kos sara hidup, sudah tentu ia menghadirkan cabaran yang tidak sekali harus dipandang enteng.
Begitupun, sebaik kerajaan membenarkan pelbagai sektor kembali beroperasi, perniagaannya kembali bernafas namun kesukaran dihadapi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi tekanan hebat kepadanya.
“Pada bulan Mac, apabila PKP diperkenalkan, semua perniagaan kami terhenti serta-merta. Ada perkakasan, sebab kita menyelenggara pam, semua barangan itu tidak boleh dibawa kepada pelanggan.
“Pelanggan juga tidak dapat membuat pesanan baru kepada kita. Pada saat itu, bila semuanya terhenti, memang rasa tertekan sebab kita tak boleh keluarkan invois untuk pelanggan dan pelanggan juga tidak dapat buat sebarang pembayaran,” katanya.
Tambah Aaron, cabaran paling besar buatnya adalah apabila kehilangan 40 peratus daripada sumber pendapatan selepas hotel tidak lagi menggunakan perkhidmatan mereka kerana ingin menjimatkan kos.
Jelasnya, keadaan semasa yang tidak menentu terutamanya dari aspek pembayaran melibatkan pelanggan juga menghadirkan kesukaran buatnya.
“Isu yang paling besar di mana ketidaktentuan, kita tak tahu pelanggan yang kita ada, bayaran itu ada pada mereka dan kita tidak tahu adakah bayaran itu akan dibayar dalam masa terdekat atau tidak.
“Pada masa sama, kerja yang kita dah buat separuh jalan, kita tak tahu bila kita boleh habiskan dan bila kita boleh minta bayaran daripada pelanggan, itu yang kita risau.
“Yang ketiga, staf yang kita ada, masa itu kita ada 15 staf, Adakah kita dapat kekalkan atau apa yang akan terjadi kepada mereka,” katanya yang sentiasa murah dengan senyuman hatta ketika berkongsi detik sukar sekalipun.
Meskipun badai melanda bahtera perniagannya namun disebabkan urus tadbir kewangan yang baik, ditambah bantuan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro (CBRM) menerusi Tekun Nasional (Tekun), segalanya diselesaikan dengan baik.
Bantuan RM10,000 yang diterima disalurkan sebaiknya, membayar gaji kakitangan dan yang lebih melegakan hati Aaron, tiada pekerja diberhentikan dalam tempoh sukar itu.
“Bila kami dapat dana ini, ia memberi keyakinan kepada saya, berasakan sesuatu yang baik akan berlaku.
“Jadi dana itu kita gunakan untuk aliran tunai. Daripada tunggu klien bagi kita wang, kita dapat gunakan dana ini untuk membayar gaji kakitangan dan perbelanjaan lain,” katanya.
Hakikatnya, patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertongkat siku, perjuangan tetap perlu diteruskan demi kelangsungan perniagaan kerana pastinya, kemanisan akan muncul jua.
Ridauddin Daud
Sun Jul 12 2020

Bantuan RM10,000 yang diterima disalurkan sebaiknya dengan membayar gaji kakitangan dan yang lebih melegakan hati Aaron ialah tiada pekerja diberhentikan dalam tempoh sukar itu. - Gambar Astro AWANI

Kudeta Myanmar | Duta Myanmar ke PBB kecam junta tentera
Duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa Bersatu, PBB, secara terbuka membantah rampasan kuasa yang berlaku. Kyaw Moe Tun turut mohon komuniti antarabangsa bertindak untuk mengembalikan semula demokrasi di negara itu.

Vaksin COVID-19 | WTO gesa hapuskan perlindungan harta intelek
Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO, menggesa negara-negara anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) untuk menghapuskan perlindungan harta intelek vaksin COVID-19. Ini bagi membolehkan negara anggota untuk menghasilkan lebih banyak vaksin dan perkongsian dalam usaha memerangi pandemik itu.

Vaksin COVID-19 | 300,000 dos vaksin Sinovac tiba hari ini
Bekalan pertama vaksin Sinovac keluaran china dijangka tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 9 pagi ini. Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, vaksin diuruskan Sinovac dan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd melalui perjanjian di peringkat global itu akan dibawa ke klia menaiki pesawat MH319 yang dikendalikan MASKargo Sdn Bhd (MASKargo).

Kecurian Vaksin | Pesuruhjaya Kesihatan siasat kes di Tennessee
Pesuruhjaya Kesihatan Tennessee mendedahkan telah meminta penguatkuasa undang-undang persekutuan menyiasat dakwaan kecurian dos vaksin koronavirus di negeri yang paling ramai penduduk berkenaan. Ini berikutan dakwaan terdapat sukarelawan menyuntik vaksin kepada dua kanak-kanak walaupun mereka masih bawah umur.

Vaksin COVID-19 | MASKargo lebih bersedia sambut kedatangan vaksin Sinovac
Pengalaman menguruskan ketibaan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-Biontech pada Ahad lepas, menjadikan pasukan MAB Kargo Sdn Bhd (MASKargo) lebih bersedia untuk mengendalikan kedatangan vaksin COVID-19 jenis Sinovac pada Sabtu.

Vaksin | KKM harap NPRA beri kelulusan dalam masa terdekat
Kementerian Kesihatan (KKM) berharap Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan memberikan kelulusan bersyarat dalam masa terdekat kepada empat lagi syarikat pengeluar vaksin. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata vaksin berkenaan Sinovac Life Sciences Co Ltd (Sinovac); CanSinoBIO; AstraZeneca; serta Sputnik V masih dalam penilaian NPRA, setakat ini.

COVID-19: Penularan di AS masih membimbangkan
Ketua Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat memaklumkan peningkatan jumlah kes sembuh COVID-19 baru-baru ini mungkin akan terhenti. Dr rochelle walensky menjelaskan, CDC kini masih meneliti data kes COVID-19 yang dilaporkan sejak tiga hari lalu.

SPM | Jadual peperiksaan sesi petang dilewatkan 15 minit
Jadual peperiksaan sesi petang bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dipinda dari pukul 2 petang kepada 2.15 petang, berkuat kuasa 1 Mac depan.

Kes Bunuh Khashoggi | Putera Mahkota Arab Saudi arah pembunuhan
Pembunuhan Kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi pada 2018, diarahkan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman. Perkara itu didedahkan menerusi laporan risikan yang diterbitkan Amerika Syarikat.

AWANI Ringkas: Polis buru Bob Mah Sing | Malaysia capai imuniti kelompok dalam enam bulan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pendapatan dari RM200,000 sebulan ke RM42,000 sebulan akibat kesan COVID-19
COVID-19 membawa pelbagai cerita, baik suka mahupun duka namun dalam dunia perniagaan, lazimnya ia tidak dapat lari dari kisah menanggung kerugian dan hilang sebahagian besar pendapatan.

Usahawan manfaat CBRM untuk kembangkan perniagaan
Antara usaha yang akan dilakukannya termasuk memperhebat sistem pendigitalan perniagaan dengan mempelbagaikan saluran e-dagang.

Bank bergerak akan diperluas di luar bandar Sarawak
Separuh daripada dana untuk pembelian bas bagi bank bergerak itu akan disumbangkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.