awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendapatan pelancongan Sarawak turun 68 peratus

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
16/10/2020
12:12 MYT
Pendapatan pelancongan Sarawak turun 68 peratus
Sarawak mengalami penurunan drastik 68 peratus pendapatan sektor pelancongan dalam tempoh Januari hingga September 2020 berbanding tempoh sama tahun lalu.
KUCHING:Sarawak mengalami penurunan drastik 68 peratus pendapatan sektor pelancongan dalam tempoh Januari hingga September 2020 berbanding tempoh sama tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Sharzede Datu Salleh Askor berkata, perkara itu dilihat akibat kesan pandemik COVID-19.
Menurutnya, Sarawak hanya menjana RM 2.78 bilion setakat September 2020 berbanding RM 8.67 bilion tahun sebelumnya.
“Nilai resit pelancongan kita sehingga kini adalah RM 2.78 bilion, Januari hingga September tahun ini. Tahun lalu lebih tinggi tetapi sasaran kami untuk tahun ini ialah RM 3.56 bilion," ujar Sharzede ketika diwawancara khas di pejabatnya baru-baru ini.
Selari dengan itu, jumlah pelawat memasuki negeri itu juga telah menurun sebanyak 65 peratus iaitu sebanyak 1.15 juta setakat september 2020.
Jelas Sharzede, biarpun STB telah mengubah strategi dan sasaran pelawat kepada 1.4 juta, trend peningkatan kes COVID-19 seluruh negara pada waktu ini menyukarkannya untuk dicapai.
Tambahnya lagi, kaedah perniagaan dan pemasaran pemain industri yang tidak mengadaptasi keadaan semasa juga menjadi punca penurunan itu.
Justeru ujar beliau, bagi mengatasi masa yang mencabar ini, pemain industri perlu menerima norma baharu dan menyesuaikan perniagaan mereka dengan trend pasaran.
“Saya fikir kita harus berani berdepan fakta yang kita mesti berubah sama ada suka atau tidak. Kita harus mengubah cara menjalankan perniagaan. Ubah cara kita melihat perkara.
“Dan sekiranya anda memilih pasaran khusus yang anda mahukan dengan harga yang tinggi maka anda mesti memberikan perkhidmatan yang setimpal dengan jumlah itu. Orang ramai sangat celik, sangat sensitif terhadap harga sekarang terutama pada masa sukar ini,” katanya.
Topic Berkaitan
#Pelancongan Sarawak
#pendapatan pelancongan menurun
#Lembaga Pelancongan Sarawak
#Sharzede Datu Salleh Askor
#pelancongan
#jumlah kemasukan pelawat
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan