NATIONAL
'Pendapatan pesawah cukup-cukup makan'

Halmi berkata, belanja bulanan yang paling tinggi ialah kos barangan harian terutama barang basah selain keperluan sekolah anak-anak yang semakin meningkat.
GEORGE TOWN: Pendapatan yang tidak menentu menyebabkan pesawah, Halmi Desa, 42, terpaksa melakukan beberapa kerja tambahan bagi memenuhi keperluan asas keluarga.
Ringkasan AI
- Halmi Desa, seorang pesawah, terpaksa melakukan beberapa kerja tambahan seperti memandu lori untuk memenuhi keperluan asas keluarganya kerana pendapatan sebagai pesawah tidak mencukupi, terutama dengan kos kehidupan yang tinggi dan tiga anak yang masih bersekolah.
- Walaupun kos hidup di luar bandar lebih terkawal berbanding di bandar, ia masih tidak bermakna segalanya murah. Kos barangan harian dan keperluan sekolah anak-anak adalah perbelanjaan bulanan yang paling tinggi.
- Halmi bersetuju bahawa gaji pekerja di luar bandar sepatutnya setaraf dengan mereka yang bekerja di bandar untuk membantu rakyat dan merancakkan ekonomi negara secara keseluruhan.
"Sebab itu, saya mengambil upah buat apa sahaja kerja yang mendatangkan hasil halal seperti memandu lori untuk tambah pendapatan," katanya yang tinggal di Kampung Sama Gagah, Permatang Pauh.
Ujar Halmi, belanja bulanan yang paling tinggi ialah kos barangan harian terutama barang basah selain keperluan sekolah anak-anak yang semakin meningkat.
Mengulas lanjut mengenai perbandingan kos sara hidup antara bandar dan luar bandar, dia mengakui bahawa kehidupan di luar bandar masih lebih terkawal dari segi perbelanjaan, namun tidak bermakna segalanya murah.
“Memang kos di bandar jauh lebih tinggi, tetapi itu tidak bermaksud kos luar bandar rendah. Cuma di sini kita masih boleh memilih keperluan asas mengikut kemampuan kerana ada banyak pilihan.
“Saya sangat setuju jika gaji luar bandar sama dengan di bandar. Ini bukan sahaja membantu rakyat tetapi turut merancakkan ekonomi negara secara keseluruhan,” katanya.
Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim, berkata Malaysia kini berada di ambang kemunduran ekonomi sekiranya tiada reformasi menyeluruh dilaksanakan terhadap sistem pendidikan dan struktur pekerjaan negara.
Katanya, realiti pendapatan gaji sebenar di Malaysia pada hari ini merosot sebanyak tiga kali ganda berbanding empat dekad lalu.
Menurut beliau, gaji graduan pada masa kini tidak setimpal dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan peningkatan kos sara hidup.
Katanya, pendapatan yang diterima jauh lebih rendah daripada apa yang sepatutnya mereka peroleh sekiranya kadar inflasi diambil kira.
*Laporan ini hasil kolaborasi Astro AWANI, Sinar Harian, The Star, Sin Chew Daily dan Malaysia Nanban.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami