awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendedahan awal kepada bahasa isyarat pupuk empati dalam kanak-kanak - Fatimah

Bernama
Bernama
29/11/2024
22:00 MYT
Pendedahan awal kepada bahasa isyarat pupuk empati dalam kanak-kanak - Fatimah
Fatimah berkata buku "Understanding Deaf Culture 2.0" yang baru dilancarkan bertujuan untuk memperdalam kesedaran awam dan memupuk persefahaman dalam komuniti. - Foto BERNAMA
KUCHING: Memperkenalkan bahasa isyarat pada usia kanak-kanak adalah penting untuk memupuk empati, rasa hormat dan keterangkuman dalam kalangan kanak-kanak, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah.
Beliau berkata pendedahan awal kepada bahasa isyarat bukan sahaja membantu merapatkan jurang komunikasi tetapi juga memupuk pemahaman tentang kepelbagaian dan kepentingan menghormati perbezaan.
"Dengan mengajar bahasa isyarat kepada kanak-kanak sejak kecil, kita menyemai nilai empati dan menghormati orang lain, tanpa mengira keupayaan mereka. Inilah cara kita mewujudkan kesedaran dan membina komuniti inklusif," katanya ketika melancarkan buku bertajuk "Understanding Deaf Culture 2.0", di Bangunan Persatuan Orang-Orang Pekak Sarawak di sini, malam tadi.
Beliau berkata Tadika Sedidik milik kerajaan negeri menerajui usaha itu dengan pendaftaran 58 kanak-kanak pekak memandangkan bahasa isyarat telah menjadi sebahagian daripada kurikulum.
"Harapan saya, kanak-kanak yang belajar di Tadika Sedidik akan membesar menjadi rakyat Sarawak yang mempunyai empati dan kebolehan berkomunikasi dengan masyarakat pekak," katanya.
Fatimah berkata terdapat kemajuan yang ketara dalam melatih pendidik bahasa isyarat iaitu setakat ini, 152 daripada 174 guru di Tadika Sedidik, bersamaan 87.35 peratus, telah menamatkan latihan mereka manakala 2,216 kanak-kanak berumur antara empat dan enam tahun telah mempelajari bahasa isyarat.
Beliau berkata buku "Understanding Deaf Culture 2.0" yang baru dilancarkan bertujuan untuk memperdalam kesedaran awam dan memupuk persefahaman dalam komuniti.
Pertama kali diterbitkan pada November 2022, versi yang dikemas kini itu terus mempromosikan kepentingan bahasa isyarat dan keterangkuman.
"Menerusi usaha ini, Sarawak berharap dapat memupuk generasi yang menghargai keterangkuman dan menghormati keperluan unik setiap individu," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fatimah Abdullah
#bahasa isyarat
#Kanak-kanak
#empati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan