awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja

Asyraf Malik
Asyraf Malik
05/02/2026
11:58 MYT
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
Tom Gruber menjelaskan, antara potensi utama AI ialah membuka peluang kepada lebih ramai individu dan organisasi untuk mencipta inovasi baharu. - FB Kementerian Ekonomi
KUALA LUMPUR: Pembangunan kecerdasan buatan (AI) perlu berteraskan kepentingan manusia, bukan sebagai teknologi untuk menggantikan tenaga kerja industri semata-mata.
Pengasas bersama dan bekas Ketua Pegawai Teknologi Siri, Tom Gruber berkata, pendekatan memanusiakan AI memastikan perisian ini digunakan untuk membantu manusia meningkatkan keupayaan mereka dalam pelbagai sektor kehidupan.
Tegasnya, walaupun automasi mempunyai nilai tersendiri, fokus utama pembangunan AI perlu meletakkan manusia sebagai pusat penciptaan nilai.
"Dalam banyak situasi, AI sepatutnya bertindak sebagai rakan kerja digital yang menyokong manusia, bukan menggantikan peranan mereka sepenuhnya.
“Ini peluang bersejarah untuk mengubah cara kita bekerja dan hidup, keputusan tepat kita buat hari ini akan memberi impak besar pada masa hadapan,” katanya dalam sesi Forum Ekonomi Malaysia bertajuk Humanistic AI for Malaysia, di sini, pada Khamis.
Jelasnya lagi, antara potensi utama AI ialah membuka peluang kepada lebih ramai individu dan organisasi untuk mencipta inovasi baharu.
Menurut Gruber, perkembangan AI bakal menaikkan lantai dan siling keupayaan manusia, kini semua mampu memanfaatkan teknologi dalam mendepani permasalahan sejagat.
“Pengurangan kos sering dilihat sebagai tujuan penggunaan AI, iaitu menggantikan manusia. Ini kurang benar kerana kita yang sepatutnya berada di pusat nilai itu,” jelas Gruber.
Kemanusiaan AI menekankan penggunaan teknologi bagi membantu manusia, sama ada melalui peningkatan keupayaan kognitif atau kerjasama antara manusia dan mesin dalam tenaga kerja.
Dalam masa sama, Gruber menegaskan kerajaan dan industri perlu memainkan peranan penting dalam membina kepercayaan masyarakat terhadap AI melalui garis panduan etika serta pemisahan jelas antara identiti manusia dan sistem AI.
Sifat AI sebagai perisian membolehkan manfaat teknologi ini disebarkan secara meluas kepada masyarakat dengan kos lebih rendah, sekali gus memastikan transformasi digital dapat dinikmati semua lapisan masyarakat.
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#AI
#Tom Gruber
#Humanistic AI for Malaysia
#Forum Ekonomi Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan