Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan pendeposit TH yang tidak melakukan sebarang transaksi melebihi tujuh tahun berturut-turut sejak 2013 supaya mengaktifkan kembali akaun mereka bagi mengelak dikategorikan sebagai tidak aktif atau berstatus dorman.
Dalam satu kenyataan hari ini, TH bagaimanapun memaklumkan simpanan dalam akaun dorman masih boleh dituntut sekiranya akaun diaktifkan semula dengan hanya melakukan sekurang-kurangnya satu transaksi simpanan atau pengeluaran wang.
"Transaksi boleh dilakukan di 10,000 touch points TH atau melalui kaunter, dalam talian dan mesin ATM atau CDM rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Maybank, Bank Rakyat dan CIMB.
"Adalah penting supaya akaun pendeposit TH berstatus aktif, agar mereka terus menikmati manfaat menyimpan di TH seperti simpanan dijamin kerajaan, agihan keuntungan, zakat dibayar, patuh syariah, dikecualikan cukai dan berpeluang menyertai kempen simpan, daftar dan menang," menurut TH.
TH juga mengingatkan para pendeposit supaya mengemas kini data peribadi seperti alamat, nombor telefon dan penamaan waris bagi memudahkan pihak TH menghubungi waris bagi urusan penghantaran surat tawaran haji dan pengurusan akaun.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) di 03-6207 1919.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 04 2020
Transaksi boleh dilakukan di 10,000 touch points TH atau melalui kaunter, dalam talian dan mesin ATM atau CDM rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Maybank, Bank Rakyat dan CIMB. - Gambar fail
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Berjuta lesap, akaun atlet pecut Usain Bolt kini hanya berbaki AS$12,000
Bolt tidak membuat pengeluaran atau pemindahan daripada akaun itu, dan sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang jika wang itu tidak dikembalikan.
Gagal jelaskan wang dalam akaun: 10 lelaki didenda RM1,000
Mereka gagal memberikan penjelasan mengenai wang berjumlah RM3.14 juta milik seorang guru swasta lelaki, dalam akaun bank mereka.
Lelaki mengaku tidak bersalah tawar skim pelaburan tidak wujud
Iskandar Isahak mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini.
Tiada arahan wajib 'Like', 'Share' media sosial menteri - KKMM
Tiada sebarang arahan yang dikeluarkan oleh Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah seperti dakwaan yang tular di media sosial sejak semalam.
Waspada! Ini amaran cara baharu penggodam peroleh akses ke WhatsApp anda
Penggodam boleh berulang kali meminta pengesahan pengesahan dua faktor pada akaun WhatsApp yang sekaligus akan membuatkan akaun digantung.
Aplikasi Sugarbook: Pelajar kolej terkejut, kecewa gambar disalah guna
Seorang remaja perempuan membuat laporan polis di Kota Sarang Semut di sini, hari ini selepas mendapati gambarnya disalah guna dengan dimuat naik dalam aplikasi Sugarbook.
Twitter gantung akaun kedutaan China di AS, dakwa kenyataan sokong kekejaman di Xinjiang
Twitter menggantung akaun rasmi kedutaan China di Amerika Syarikat (AS) gara-gara satu ciapan mempertahankan polisi China terhadap etnik minoriti Muslim Uighur di Xinjiang.
Joe Biden, pasukan pentadbiran secara rasmi ambil alih akaun Twitter @POTUS
Joe Biden dilaporkan sudah mengambil alih akaun media sosial @POTUS, iaitu akaun Twitter rasmi milik presiden negara berkenaan.
Twitter menutup akaun Donald Trump
Twitter Inc memaklumkan pada Jumaat telah menutup akaun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagi mengelak tercetusnya keganasan berterusan.
Bagaimana ingin mengesan jika sesebuah akaun media sosial itu palsu?
Pernahkah anda berasa ragu-ragu dengan kewujudan sesebuah akaun di laman media sosial sehingga anda tertanya-tanya sama ada akaun tersebut palsu atau tidak?