awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendidikan bahaya rasuah, salah guna kuasa perlu dipertingkat - Azam Baki

Bernama
Bernama
15/03/2023
08:07 MYT
Pendidikan bahaya rasuah, salah guna kuasa perlu dipertingkat - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran Pertubuhan Anti Korupsi Malaysia (PAKAR) di ibu pejabat SPRM hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Pendidikan mengenai bahaya rasuah dan salah guna kuasa perlu dipertingkatkan bagi mengembalikan semula kegemilangan Malaysia di mata dunia, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
Berucap melancarkan Pertubuhan Anti Korupsi Malaysia (Pakar) di sini hari ini, beliau berkata SPRM akan bekerjasama dengan Pakar bagi melaksanakan usaha pendidikan untuk mengekang dan mengurangkan masalah rasuah di negara ini.
"Mereka yang ada dalam (Pakar) ada kepakaran dalam bidang khusus, yang boleh disumbangkan kepada negara," katanya.
Ahli Pakar terdiri daripada bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil yang memegang jawatan Presiden dan beberapa lagi pegawai SPRM.
Antara matlamat penubuhan Pakar ialah menyampaikan maklumat anti rasuah secara berterusan, kepada setiap lapisan masyarakat selain menjadi platform dan pentas masyarakat, dalam usaha menjadikan Malaysia bebas rasuah.
Sementara itu, Shamshun Baharin berkata Pakar akan membantu menyebarluaskan bahaya rasuah serta menyokong segala usaha SPRM, dalam mengekang perbuatan rasuah dan salah guna kuasa di Malaysia.
"Kita akan bantu pegawai SPRM beri pendidikan tentang bahaya rasuah, kerana kita tahu bilangan anggota SPRM untuk melaksanakan aktiviti pencegahan tidak besar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendidikan bahaya rasuah
#salah guna kuasa
#SPRM
#Azam Baki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan