awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendidikan mengenai rasuah kepada murid perlu dilakukan secara tersirat - Dr Mariani

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
06/02/2021
11:48 MYT
Pendidikan mengenai rasuah kepada murid perlu dilakukan secara tersirat - Dr Mariani
Konsep pendidikan mengenai rasuah kalangan murid dan kanak-kanak perlu dilakukan secara tersirat berbanding pengajaran yang tersurat. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR:Konsep pendidikan mengenai rasuah kalangan murid dan kanak-kanak perlu dilakukan secara tersirat berbanding pengajaran yang tersurat.
Pakar Psikologi Kanak Kanak, Datin Dr Mariani Md Nor berkata, ketika ini, tiada topik rasuah didapati dalam sistem pendidikan di sekolah.
Namun, katanya perkara itu boleh dipelajari murid-murid melalui contoh atau teladan yang cuba ditunjukkan guru-guru dan penjaga.
"Dalam memastikan masyarakat ini tidak dibelenggu dengan rasuah, anak-anak perlu dididik, anak-anak sekecil di taska dan tadika, perlu diterapkan dengan aktiviti-aktiviti yang bukan ke arah kepada rasuah.
"Kalau dalam sistem pendidikan kita di Malaysia, kita tidak ada satu topik untuk mengajar pendidikan rasuah berbeza dengan pendidikan seks itu sendiri," katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.
Jelas beliau, proses pengajaran dan pembelajaran sejak pra-sekolah itu termasuk memberi kefahaman melalui kaedah tersendiri dalam membezakan antara rasuah, ganjaran atau pertolongan.
"Contohnya, cikgu suka memberi sesuatu kepada anak-anak murid dan sebagainya. Jadi, di sini kita perlu bezakan di antara rasuah, ganjaran dan 'favour' itu.
"Kalau di sekolah, kita tahu di sekolah itu ada peperiksaan, dan bila ada peperiksaan ada keputusannya dan kadang-kadang guru itu bermurah hati bawa makanan dari rumah untuk dijamukan kepada pelajar dan anak-anak," kata Dr Mariani lagi.
Justeru, tambahnya pendidikan awal itu penting memadangkan rasuah perlu dielakkan dalam melahirkan generasi yang berkualiti selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Malaysia
#pengajaran dan pembelajaran
#pendidikan
#Kanak-kanak
#Datin Dr Mariani Md Nor
#Pakar Psikologi Kanak-Kanak
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan