MELAKA: Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, yang dilihat merendahkan pengamal media di hadapan pelabur asing dalam satu sidang media di sini hari ini.
Pengerusi PENDIKA, Amir Mamat berkata tindakan Datuk Muhamad Jailani Khamis yang memberitahu pelabur dari Korea bahawa petugas media yang hadir dalam satu sidang media tidak fasih berbahasa Inggeris apabila tidak bertanyakan soalan lanjut, boleh disifatkan sebagai satu penghinaan.
"Kita ambil maklum dengan aduan beberapa ahli berhubung kenyataan itu, dan tidak sepatutnya seorang exco kerajaan negeri merendah-rendahkan petugas media di hadapan pelabur asing, terutama pada program berkaitan usaha yang dilakukan kerajaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya beliau berharap perkara itu tidak lagi berulang pada masa hadapan, sekali gus memastikan hubungan baik antara petugas media dan kerajaan negeri, memandangkan media tidak terkecuali dalam membawa nama baik Melaka.
Terdahulu, kejadian itu dilaporkan berlaku pada sidang media sempena majlis bagi cadangan 22 kilometer sistem 'maglev' untuk menghubungkan lokasi hotspot pelancongan dan membangunkan Taman Tema Disneyland serta Disney City di Melaka.
Sementara itu Muhamad Jailani dalam kenyataan kemudiannya berkata beliau disalah faham, dan pemberita beranggapan beliau menghina, malah sehingga membawa tindakan memboikot program berkenaan.
"Saya hanya beri penjelasan pada tetamu yang menantikan soalan dalam Bahasa Inggeris dengan tiada niat penghinaan.
"Kenyataan saya adalah hendak "cover" anda semua (wartawan) agar tidak pula mereka sangka pemberita tidak berminat untuk bertanya, malah (saya) melakukannya dengan hanya bercakap dengan orang di sebelah saya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 15 2022

Tindakan Muhamad Jailani yang memberitahu pelabur dari Korea bahawa petugas media yang hadir dalam satu sidang media tidak fasih berbahasa Inggeris apabila tidak bertanyakan soalan lanjut, boleh disifatkan sebagai satu penghinaan. - Gambar hiasan

Ayda Jebat bakal timang anak lelaki
Pengumuman itu dibuat menerusi pelancaran klip video dan lagu terbaharunya, Be Mine.
Anthony Loke sangkal JPJ lemah kuat kuasa undang-undang terhadap pemandu lori & treler
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menafikan dakwaan semborono yang menuduh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak cukup tegas dalam penguatkuasaan undang undang terhadap pemandu lori dan treler sehingga menyebabkan beberapa kemalangan maut kebelakangan ini.
Nahas Putrajaya: Pemandu treler didakwa Isnin ini
Seorang pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan membabitkan 14 kenderaan yang mengorbankan dua mangsa di Kilometer 5.7, Jalan Persiaran Utara, Putrajaya Rabu lau akan dituduh di mahkamah, Isnin ini.
SPRM tahan dua individu termasuk bekas setiausaha politik
SPRM menahan reman dua individu termasuk seorang bekas setiausaha politik kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai balasan meluluskan projek percetakan buku bernilai kira-kira RM80 juta membabitkan sebuah kementerian secara rundingan terus.

Bekas setiausaha politik minta rasuah lulus projek percetakan buku antara dua ditahan SPRM
Seorang bekas setiausaha politik kepada bekas menteri kanan adalah antara dua individu yang ditahan SPRM disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai balasan meluluskan projek percetakan buku.

F1: Verstappen sambar petak pertama GP Jepun
Max Verstappen pamer pemanduan bertenaga untuk menyambar petak pertama untuk perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Jepun.

'Nak dapat skrip mencabar lakonan agak susah' - Pekin Ibrahim
Pekin mengakui dia jatuh cinta dengan skrip yang diberikan oleh pengarah Jason Chong, lantas bersetuju untuk menjayakan watak sebagai Cikgu Azman.

Lebih 50 pelajar UM berpiket gesa mansuh 'zero balance policy'
Lebih 50 pelajar Universiti Malaya berpiket menggesa universiti itu memansuhkan 'zero balance policy'.

Pelan Dasar OKU berkaitan 15 bidang sedang giat dilaksanakan - KPWKM
Datuk Seri Nancy Shukri berkata antaranya ia berkaitan advokasi, kesihatan, pemulihan, aksesibiliti, pendidikan, pekerjaan, dan penyelidikan.

KPDN tambah tenaga kerja pantau bekalan beras
KPDN meningkatkan tenaga kerja untuk tugas pemantauan bagi menambah baik Op Jamin yang menumpukan kepada pemantauan bekalan dan harga beras.

Pendika sifatkan kenyataan Exco mengenai pengamal media sebagai penghinaan
PENDIKA melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Exco Pelancongan, Kebudyaan dan Warisan negeri, yang dilihat merendahkan pengamal media di hadapan pelabur asing.