awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
Pembekal utama bot bagi ribuan penyeberangan Selat Inggeris dipenjarakan
Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendirian Macron sukarkan proses perdamaian kaum, Islamofobia - Penganalisis

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
30/10/2020
07:49 MYT
Pendirian Macron sukarkan proses perdamaian kaum, Islamofobia - Penganalisis
Terdahulu, dua individu dilaporkan maut dalam satu kejadian serangan di sebuah gereja di bandaraya Nice, Perancis pada Khamis. - Foto/Reuters
KUALA LUMPUR:Penyelesaian jangka pendek terhadap situasi keganasan antara kaum dan agama di Perancis sukar dicapai jika fahaman yang dipegang kepimpinan negara itu tidak diubah.
Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, pendekatan Presiden, Emmanuel Macron yang dilihat menekankan nilai permusuhan dan Islamofobia, menyukarkan lagi jalan perdamaian.
"Seharusnya pemimpin menekankan nilai perpaduan dan kemanusiaan, walau dalam apa jua situasi.
"Seperti di New Zealand, apabila tercetusnya keganasan yang disebabkan fahaman ekstremis, Perdana Menteri, Jacinda Ardent, mengkritik keras perkara itu dan mengakui ia tidak boleh diterima. Dalam masa yang sama, beliau menekankan yang isu etnik perlu diberi tumpuan.
"Tetapi lain bagi Macron yang tidak cuba untuk mengikis pandangan keterlaluan beliau, sebaliknya menyemarakkan lagi nilai permusuhan dan Islamofobia.
"Tidak nampak sebarang solusi ke arah mengatasi pelabelan kaum, stereotyoing dan ethno-centric, apatah lagi dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan pimpinan Perancis," kata beliau ketika dihubungi Astro AWANI.
Tambah beliau, langkah pertama yang perlu diambil Perancis jika mahu keluar dari situasi sekarang ialah mengkritik jenayah kebencian dan radikalisasi agama secara terbuka.
"Mereka perlu ubah tafsiran terhadap kaum dan atasi masalah ketidakseimbangan sosial dalam konteks masyarakat di Perancis.
"Dengan kritikan berterusan daripada pemimpin dan negara Islam, Macron perlu ambil iktibar dan buat pertimbangan sewajarnya kerana apa yang berlaku memberi kesan kepada seluruh rakyat Perancis, Islam atau bukan Islam," katanya.
Terdahulu, dua individu dilaporkan maut dalam satu kejadian serangan di sebuah gereja di bandaraya Nice, Perancis pada Khamis.
Pihak berkuasa Perancis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kes keganasan.
Polis juga mengesyaki kejadian itu bermungkinan ada hubung kait dengan kemarahan yang timbul susulan isu penghinaan karikatur yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad SAW oleh Charlie Hebdo.
Topic Berkaitan
#Perancis
#Charlie Hebdo
#New Zealand
#Islam
#keganasan
#Emmanuel Macron
#jenayah
#Jacinda Ardent
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan