awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk bimbang ekoran pertempuran di Lahad Datu

Hakim Rahman
Hakim Rahman
11/03/2013
00:12 MYT
Penduduk bimbang ekoran pertempuran di Lahad Datu
Pertempuran yang berlaku di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu di Felda Sahabat 17 mencetuskan kebimbangan di kalangan penduduk sekitar untuk meneruskan aktiviti harian.
Antara yang terkesan adalah perusahaan ladang sawit yang menjadi pekerjaan utama dikalangan penduduk di situ.
Terpengaruh dengan khabar angin penceroboh telah masuk ke kawasan mereka, kebanyakkan mereka tidak mahu bekerja kerana bimbang akan keselamatan mereka.
Menyedari perkara itu, program turun padang dilakukan bagi menjelaskan perkara sebenar kepada pekerja ladang sawit.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Shamsudin Mat, beliau telah melakukan pertemuan sebanyak tiga kali bersama pucuk pimpinan atasan Felda dan pihak pengurusan.
"Pertemuan bersama pucuk pimpinan atasan Felda dan pihak pengurusan diadakan supaya mereka dapat menerangkan kepada pekerja mereka mengenai situasi sebenar agar mereka dapat kembali bekerja seperti sedia kala.
“Ini adalah sebahagian daripada langkah kami memerangi media alternatif yang digunakan untuk menyebarkan mesej yang tidak mendapat pengesahan,” kata Shamsudin.
Jelasnya, kejadian yang berlaku di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu adalah terkawal dan tidak melibatkan kawasan penempatan mereka.
Penerangan diberikan kepada lebih 70 pengurus Felda sekitar Felda Sahabat 26 dan 27.
Sementara itu pemilik ladang yang ditemui lega dengan khabar yang mereka terima.
"Kegusaran itu menjejaskan buruh itu sendiri untuk keluar bekerja. Tetapi sekarang sudah ada peningkatan selepas mendapat penjelasan dan mereka menjadi lebih yakin,” kata Pengurus Felda Sahabat 23, Khairudin Roslan.
Felda Sahabat 26 dan 27 terletak kira-kita tujuh kilometer daripada Kampung Tanduo dan Tanjung Batu.
Topic Berkaitan
#Felda Sahabat 26 dan 27
#kampung tanduo
#Tanjung BatuFelda Sahabat 17
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan