SHAH ALAM: Lebih 1,000 penduduk Bukit Jelutong di sini memohon pemaju dan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar tidak meneruskan projek pembinaan 425 unit rumah di atas padang hijau terakhir di kawasan berkenaan.
Pengerusi Persatuan Penduduk Bukit Jelutong (BJRA) Zien Hashim berkata pihaknya berharap padang hijau itu dikekalkan kerana telah menjadi kawasan riadah penduduk setempat sejak 30 tahun dahulu.
Beliau berkata mengikut pelan asal, sepatutnya Bukit Jelutong mempunyai rumah kelab sendiri, tetapi sehingga hari ini masih tidak dibina dan lokasinya telah ditukar menjadi rumah kedai.
"Selepas satu per satu (kawasan hijau) ditukar, penduduk kehilangan banyak kemudahan. Jadi, apabila padang hijau ini pun mahu ditukar menjadi projek pembangunan, penduduk bangkit untuk nyatakan bantahan," katanya kepada pemberita selepas himpunan aman "Bukit Jelutong Bersatu: Mengekalkan Warisan Hijau Kami" di sini hari ini.
Beliau berkata selama ini, penduduk di situ tidak pernah membantah akan projek-projek lain di kawasan berkenaan, namun menolak pembinaan hutan konkrit di kawasan hijau terakhir dalam komunitinya.
"Penduduk meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membatalkan kelulusan Kebenaran Merancang (KM) yang dikeluarkan pada 6 Sept lepas, dan tidak meneruskan projek ini ... untuk tindakan awal, kami akan bertemu pihak pemaju bagi membincangkan isu terbabit selain sedang pertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya.
Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang merupakan penduduk di situ berkata projek berkenaan akan memberi kesan kepada kesesakan lalu lintas dan bakal mengundang banjir di kawasan berkenaan.
"Penduduk di sini ramai pakar dan golongan profesional yang tahu mengenai risiko yang bakal dihadapi jika projek diteruskan. Malah, ketiadaan padang untuk aktiviti riadah juga akan memberi kesan kepada aktiviti sosial kanak-kanak yang habiskan masa dengan gajet susulan tiada padang untuk bersukan," katanya.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi berkata pihaknya akan membantu memudahkan rundingan antara penduduk, pihak pemaju dan PBT bagi menyelesaikan isu berkenaan.
"Kita akan cuba cari penyelesaian secara situasi menang-menang, apa yang penting kita hendak memelihara dan mempertahankan kawasan hijau di dalam Bukit Jelutong ini kerana di sini tiada kawasan rekreasi yang besar untuk penduduk," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 18 2023
Muhammad (tengah) bersama penduduk Taman Bukit Jelutong mengadakan perhimpunan aman bagi mengekalkan kawasan padang golf Bukit Jelutong sebagai kawasan Green Field hari ini. - Gambar/ Bernama
Bulan pemutihan PERKESO dilanjut hingga 30 Jun
Tempoh pendaftaran dan caruman pekerja dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sempena Bulan Pemutihan yang berakhir esok dilanjutkan selama sebulan lagi hingga 30 Jun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Kawasan rumah tidak lagi sama, tiada lagi senyuman - penduduk
Seorang penduduk Palestin, Ikram Al Ham menzahirkan kesedihan melihat kawasan perumahannya di Khan Younis, Gaza tidak lagi sama seperti dahulu selepas rejim Israel membedil kawasan itu sehingga musnah.
Penduduk Chicago berhimpun bantah serangan kejam Israel
Ratusan penduduk berarak di Chicago untuk membantah serangan kejam Israel di bandar Rafah pada Rabu.
Malaysia kekal tempat pertama destinasi utama pelancong Muslim 2024
Malaysia terus mengekalkan kedudukan teratas untuk kali kesembilan dalam laporan Indeks Perjalanan Global Muslim (GMTI) 2024 oleh Crescentrating dan Mastercard yang dikeluarkan pada Khamis.
IWK sasar hasil tenaga solar 21,500 MWh menjelang 2027
Indah Water Konsortium (IWK) menyasarkan penghasilan tenaga solar sebanyak 21,500 MWh setahun menjelang 2027.
Penuntut universiti luar negara lebih faham, aktif sebar
Penuntut universiti di negara barat dilihat lebih aktif dan konsisten menganjurkan demonstrasi membantah serangan Israel kerana memiliki pemahaman lebih mendalam mengenai kekejaman rejim Israel termasuk membentuk generasi prihatin terhadap isu-isu Palestin.
FIFA lakukan penilaian penambahbaikan stadium di Indonesia
Badan induk bola sepak dunia itu berkata satu delegasi pakar melawat dan menilai lapan stadium berkenaan sebagai sebahagian daripada Memorandum Persefahaman (MoU) FIFA dengan Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI).
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang Rabu di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus pada Khamis, memuntahkan abu mencecah sehingga 2,000 meter dari kawah gunung
Pegawai penguat kuasa terlibat seludup sisik tenggiling akan didakwa esok - SPRM
Seorang pegawai penguat kuasa yang terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling antarabangsa melalui pintu masuk negara akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, pada Jumaat.