Skip to main content

Malaysia

Penduduk gempar terjumpa mayat dalam longkang

51572256124_mayatinderapuraku.jpg
Penduduk di Taman Inderapura di sini gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki di dalam longkang di hadapan sebuah rumah di perumahan berkenaan pada Ahad malam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, mayat lelaki berusia 40-an dan beralamat di Kampung Razali, Jalan Gambang, itu ditemui orang awam kira-kira jam 11.08 malam.

"Ketika ditemui  mangsa hanya berseluar jean tanpa baju. Hasil pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan pada tubuh mangsa atau sebarang kesan pergelutan.

“Identiti mangsa dikenal pasti oleh bekas isterinya berdasarkan tanda pada lengan kanan lelaki itu," katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Isnin.

Beliau berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Advertisement

Must Watch Video