LAHAD DATU: Penduduk di sekitar Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) menjalani kehidupan harian dengan rasa lebih selamat dan mereka menyakini perkara itu akan berterusan dengan kewujudan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).
Menurut mereka, keyakinan itu disandarkan dengan komitmen serta dedikasi pasukan keselamatan terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang bersama-sama menjaga keselamatan dan kedaulatan di bawah payung ESSCom.
Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bakapit di sini Mohd Shah Abd Hassan berkata rondaan kerap dilakukan pasukan keselamatan sama ada di darat dan laut menyakinkan penduduk untuk keluar mencari rezeki meskipun pada lewat malam.
"Sebelum ada ESSCom, penduduk kampung takut-takut keluar cari rezeki kalau sudah lewat disebabkan kedudukan kampung yang hampir dengan laut, (tetapi kini) pasukan keselamatan komited mengawal keselamatan," katanya kepada Bernama.
Mohd Shah, 55, berkata jalinan kerjasama komuniti Kampung Bakapit dan pasukan keselamatan juga membantu mengukuhkan keselamatan melalui perkongsian maklumat.
Bagi JPKK Kampung Remang Juliana Binjin pula menganggap inisiatif kerajaan menubuhkan ESSCom itu umpama memberi peluang kedua untuk hidup sejahtera kerana kejadian pencerobohan pengganas di Tanduo pada 2013 menimbulkan trauma kepada penduduk Lahad Datu.
"Ada ESSCom ini rasa lebih terjamin, kerana kita nampak mereka bekerja," katanya lagi.
Juliana, 48, turut mencadangkan kepada kerajaan agar dapat mempertimbangkan pewujudan pos kawalan ESSCom di pesisir pantai.
Begitu juga peniaga kedai runcit di Kampung Ulu Segangan di sini Abd Hamid Abd Rasyid, 58, yang mencadangkan pos keselamatan di perkampungan atas air dapat diwujudkan bagi membanteras sebarang penyamaran penjenayah rentas sempadan menjadi penduduk kampung.
"Kalau kita lihat dari segi statistik sebelum ini, ESSCom berjaya mengekang beberapa cubaan menculik. Bila berlakunya penculikan, itu tidak bererti ESSCom tidak lagi berkesan.
"Sebaliknya kita perlu tokok tambah kekurangan untuk memantapkan lagi kawalan di ESSZone agar tidak mudah dibolosi termasuk pendatang haram," katanya.
Menurut Abd Hamid, ESSCom sentiasa relevan untuk menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan di perairan ESSZone dan pihak tertentu jangan mempolitikkan usaha kerajaan melalui pasukan keselamatan menjaga kedaulatan negara.
Di Semporna, pengusaha rumpai laut Manan Aliraman, 50, dari Pulau Menampilik pula berkata nikmat keselamatan yang dikecapi rakyat di Semporna tidak datang sendiri sebaliknya ia melalui usaha bersungguh-sungguh dan berterusan pihak kerajaan.
"Semporna suatu ketika dahulu dikenali sebagai daerah yang begitu ditakuti untuk dikunjungi masyarakat luar kerana wujud ancaman keselamatan di sini, tapi sekarang, lihatlah banyak pelancong mahu ke sini," katanya.
Malahan menurut Manan, keamanan itu juga memudahkannya untuk keluar mencari sumber rezeki seperti ke laut bagi menanam serta menuai rumpai laut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 31 2022
Keyakinan itu disandarkan dengan komitmen serta dedikasi pasukan keselamatan terdiri daripada PDRM, ATM dan APMM. - Gambar fail
Konsert Dato' M.N45ir Cipta bakal gegar Axiata arena 10 Ogos
Maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos depan.
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam
Peguam berkata, menerusi pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.
Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
Kepimpinan Iran: Apa jadi selepas ini?
Bersama Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
[TERKINI] Kes Avitan Shalom miliki senjata, peluru bermula 30 September
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan sembilan hari bermula 30 September perbicaraan seorang lelaki, Avitan Shalom.
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.
AWANI Ringkas: Masalah teknikal dipercayai punca nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.
ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan
ESSCom memberi jaminan untuk mengurangkan kes jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).
Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone
Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Kerajaan lulus RM20 juta tambah aset ESSCom di sempadan negara
Ketua Pegawai ESSCOM Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata aset berkenaan antaranya termasuk bot-bot laju sedang dalam proses peralihan.
Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat ESSCom.
Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin
Kerajaan Perpaduan akan terus meningkatkan aspek kebajikan pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melalui persekitaran kerja yang kondusif.
ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merancang untuk menggunakan satu aplikasi bagi memastikan keselamatan pelancong yang berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19
Pengarah Borneo Divers Datuk Abdul Hajan Gurimbang berkata kemasukan pelancong antarabangsa ke Semporna meningkat dengan jangkaan kemasukan 2,000 pelancong China pada setiap hari selepas ini.
Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom
ESSCom menjalankan Operasi Bersepadu selama tujuh hari bermula Rabu minggu lalu hingga semalam (Selasa) sebelum menggempur 12 lokasi disyaki penempatan warga asing di Sandakan.
ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan.
Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone
Program kemahiran dan latihan beri peluang kepada penduduk untuk menambah baik kemahiran kendiri, sekali gus menaikkan taraf ekonomi.