awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Kampung Bokara, Sandakan bantah pelaksanaan PKPD

Astro Awani
Astro Awani
21/07/2021
10:40 MYT
Penduduk Kampung Bokara, Sandakan bantah pelaksanaan PKPD
SANDAKAN: Penduduk Kampung Bokara, di sini melakukan bantahan secara aman di jalan raya di kampung tersebut susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai esok sehingga 4 Ogos ini.
Salah seorang penduduk, Fatimah Abdullah berkata, pelaksanaan PKPD di kampung itu sangat mengejutkan selain rata-rata daripada mereka tidak setuju dengan keputusan itu.
Fatimah mendakwa, bantahan pelaksanaan PKPD itu juga susulan tiada sebarang kes positif COVID-19 di kampung tersebut.
"Tiada kes positif dilaporkan di kampung kami. Kenapa perlu melaksanakan PKPD. Yang ada kes positif ialah di Kampung Air kenapa perlu melaksanakan PKPD di kampung ini," katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Turut senada dengan Fatimah ialah seorang lagi penduduk Muhammad Islam Khan yang menyifatkan pelaksanaan PKPD di kampung mereka yang tidak merekodkan kes positif COVID-19 akan menjejaskan pendapatan mereka.
"Pelaksanaan ini akan memberi kesan kepada pendapatan kami. Ada yang gaji hari. Kalau ada kes jangkitan positif di sini kita boleh terima... tetapi ini tiada," katanya.
Sementara itu, Jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, keputusan pelaksaan PKPD itu akan diteliti semula.
Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, penelitian itu akan melihat kepada data lapangan yang diperoleh daripada Pejabat Kesihatan Sandakan.
"Saya telah meminta penjelasan daripada Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan mengarah beliau untuk turut ke lapangan. Ia bagi menyediakan laporan yang lebih terperinci kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah," katanya.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa mengumumkan PKPD di Kampung Bokara dan Kampung Air.
Topic Berkaitan
#Kampung Bokara
#Sandakan
#bantahan aman
#PKPD
#pelaksanaan PKPD
#kes positif COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan