awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Kampung Bukit Kechik resah, tebing runtuh masih belum dibaik pulih

Adam Darwish
Adam Darwish
24/01/2023
09:09 MYT
Penduduk Kampung Bukit Kechik resah, tebing runtuh masih belum dibaik pulih
Difahamkan, aduan sudah dibuat kepada pihak polis dan penghulu namun sehingga kini dakwa penduduk tiada tindakan diambil. - Foto Astro AWANI
TANAH MERAH: Kira-kira 300 penduduk di Kampung Bukit Kechik di sini resah apabila tebing berdekatan jalan yang runtuh sejak musibah banjir baru-baru ini masih belum dibaik pulih.
Difahamkan, aduan sudah dibuat penduduk kepada pihak polis dan penghulu namun dakwa mereka, sehingga kini tiada tindakan diambil untuk memperbaiki keadaan tebing dan jalan di situ.
Seorang penduduk, Mohd Noor Hassan, 63, berkata setakat ini hanya pihak polis yang datang memasang tali bagi menghalang mana-mana penduduk menggunakan laluan.
Katanya apa yang dibimbangkan adalah sekiranya ada penduduk yang menceroboh dan cuba menggunakan laluan itu tanpa pengetahuan.
"Walaupun bukan laluan utama namun ramai juga penduduk yang menggunakan laluan ini termasuk pelajar sekolah.
"Apa yang saya bimbangkan adalah sekiranya ada penduduk yang tidak perasan dengan keadaan itu dan terhumban ke bawah tebing yang ketinggian dianggarkan 50 meter," katanya.
Apa yang dibimbangkan adalah sekiranya ada penduduk yang menceroboh dan cuba menggunakan laluan itu tanpa pengetahuan. - Foto Astro AWANI
Apa yang dibimbangkan adalah sekiranya ada penduduk yang menceroboh dan cuba menggunakan laluan itu tanpa pengetahuan. - Foto Astro AWANI
Seorang lagi penduduk, Harun Isa, 70, berkata apa yang lebih dibimbangkan adalah sekiranya tebing di situ akan runtuh dengan lebih besar sekiranya tidak dibaik pulih secepat mungkin.
Katanya, ada penduduk kemungkinan menggunakan laluan tersebut pada waktu malam dan sekiranya tidak berhati-hati kemungkinan boleh terhumban ke bawah tebing.
"Walaupun penduduk di kampung ini tidak ramai tetapi sekiranya berlaku kejadian tidak diingini siapa yang akan dipertanggungjawabkan?
"Sebaiknya pihak berkaitan termasuk pemimpin tempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemahang di sini hadir membantu bagi menangani masalah itu," katanya.
Jelasnya keadaan mungkin akan menjadi lebih teruk sekiranya hujan lebat berlaku di kawasan tersebut dan berharap keadaan tebing segera dibaiki.
Topic Berkaitan
#tebing runtuh
#Kampung Bukit Kechik
#Tanah Merah
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan