awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Lahad Datu derma lebih RM50,000 untuk mangsa Palu

Bernama
Bernama
15/10/2018
21:46 MYT
Penduduk Lahad Datu derma lebih RM50,000 untuk mangsa Palu
Pada 28 September lalu, gempa bumi bermagnitud 7.5 disusuli tsunami telah mengakibatkan kemusnahan besar di Palu dan mengorbankan ribuan nyawa dan puluhan ribu penduduk kehilangan tempat tinggal. (Foto AP / Fail)
Inisiatif Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) menggerakkan Tabung Bantuan Bencana Gempa Bumi dan Tsunami Sulawesi di sekitar bandar di sini berjaya mengumpul derma daripada penduduk berjumlah RM52,687.
Mohammad Yunus Abu dari kepimpinan PKBS berkata kejayaan mengutip jumlah derma itu hasil kerjasama 50 anggota PKBS di Lahad Datu.
"Kita wujudkan tabung bantuan kilat sejak 5 Okt lalu dan tumpuan kutipan disasarkan di sekitar kawasan pasar rakyat, pasar raya, kawasan perkampungan dan beberapa masjid serta surau sekitar Lahad Datu," katanya ketika dihubungi di sini.
Mohammad Yunus berkata kutipan tabung tersebut telah diserahkan kepada Pertubuhan Generasi Pemikir Teras Harapan Malaysia (Teras) pada Isnin untuk disalurkan kepada penduduk di Sulawesi.
Pada 28 September lalu, gempa bumi bermagnitud 7.5 disusuli tsunami telah mengakibatkan kemusnahan besar di Palu dan mengorbankan ribuan nyawa dan puluhan ribu penduduk kehilangan tempat tinggal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan
#derma
#gempa bumi
#Inisiatif Persatuan Komuniti Bugis Sabah
#Lahad Datu
#Mohammad Yunus Abu
#PKBS
#Sulawesi
#tabung
#tsunami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan