awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Lembah Klang desak TNB, Syabas tangguh penyelenggaraan selepas Krismas

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
18/12/2016
05:31 MYT
Penduduk Lembah Klang desak TNB, Syabas tangguh penyelenggaraan selepas Krismas
Penduduk Lembah Klang mendesak supaya Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menangguhkan kerja-kerja penyelenggaraan - Foto Fail
Lebih 2,000 penduduk Lembah Klang mendesak supaya Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menangguhkan kerja-kerja penyelenggaraan di Pencawang Masuk Utama Bukit Badong, Hulu Selangor yang dijadual bermula esok.
Aktivis kemanusiaan, Boo Su-Lyn berkata kerja-kerja penyelenggaraan itu akan menyebabkan gangguan bekalan air sehingga 24 Disember sekali gus menjejaskan persiapan sambutan Hari Krismas.
"Langkah memotong bekalan air semasa musim perayaan iaitu sebelum sambutan Hari Krismas amat tidak bertimbang rasa dan tidak sensitif.
"Bagaimana mereka yang beragama Kristian hendak masak kepada orang kesayangan mereka terutama pada sambutan yang amat penting dalam kalendar Kristian?
"Pemotongan bekalan air pada musim cuti sekolah dan sambutan perayaan pada Disember turut menjejaskan perancangan mereka yang mengadakan perkahwinan dan sebagainya," katanya dalam petisyen yang disiarkan dalam change.org.
Malah, beliau turut kecewa apabila pihak bertanggungjawab tidak memberi sebarang jaminan bahawa bekalan air akan pulih sepenuhnya pada sambutan Hari Krismas.
Katanya, tindakan pemotongan bekalan air menjelang perayaan hanya menunjukkan rasa tidak hormat pihak bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat.
Sebanyak 814 kawasan di sekitar Lembah Klang melibatkan lebih 707,759 akaun atau 3,892,641 pengguna yang akan menghadapi gangguan bekalan air esok.
Kawasan-kawasan yang turut terlibat dalam kerja penyelenggaraan dan pemasangan sistem perlindungan itu adalah, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur.
Memetik laporan Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Mohd Ridhuan Ismail berkata, kerja-kerja TNB itu akan mengambil masa selama 16 jam bermula dari jam 8 pagi sehingga jam 12 tengah malam yang akan menjejaskan operasi di loji-loji rawatan air utama Sungai Selangor yang membekalkan air kepada 60 peratus pengguna di Lembah Klang.
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#Hari Krisma
#Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas)
#Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan