awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Malaysia cecah 33.7 juta suku tahun keempat 2023

Bernama
Bernama
14/02/2024
09:34 MYT
Penduduk Malaysia cecah 33.7 juta suku tahun keempat 2023
Penduduk berumur 15 hingga 64 tahun meningkat kepada 23.6 juta daripada 23.1 juta. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 33.7 juta pada suku keempat tahun lepas, meningkat 2 peratus berbanding 33 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata daripada jumlah itu 30.5 juta ialah warganegara, manakala selebihnya bukan warganegara.
"Penduduk lelaki meningkat kepada 17.7 juta daripada 17.2 juta dan perempuan meningkat kepada 16 juta daripada 15.8 juta.
"Secara keseluruhan, nisbah jantina penduduk adalah 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala nisbah jantina bagi penduduk warganegara adalah 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Uzir berkata penduduk berumur 0 hingga 14 tahun kekal tidak berubah pada 7.6 juta, sementara penduduk berumur 15 hingga 64 tahun meningkat kepada 23.6 juta daripada 23.1 juta, manakala penduduk berumur 65 tahun dan lebih meningkat kepada 2.5 juta daripada 2.4 juta.
Selain itu beliau berkata jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan sebanyak 1.1 peratus iaitu 112,767 kelahiran berbanding 114,067 kelahiran pada suku tahun keempat 2022.
"Bayi lelaki melebihi perempuan dengan 57,894 kelahiran berbanding 54,873 kelahiran. Selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 20,931 kelahiran manakala jumlah kelahiran hidup terendah dicatatkan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu 385 kelahiran.
Menurutnya lagi sebanyak 48,250 kematian direkodkan pada suku tahun keempat 2023, penurunan sebanyak 4.2 peratus berbanding suku tahun keempat 2022, iaitu bilangan kematian bagi lelaki adalah 27,508 manakala 20,742 kematian bagi perempuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jumlah penduduk Malaysia
#33 juta orang
#DoSM
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan