Persatuan Kontraktor Petroleum Sarawak (SPECA) meminta penduduk di Miri agar tidak memasuki kawasan tapak bekas telaga minyak yang dikatakan mengeluarkan gas dari bawah tanah di sekitar Bukit Kanada di bandar raya itu kerana ia membahayakan keselamatan mereka.
Presidennya, Datuk Rahman Lariwoo hari ini berkata ini kerana ada dilaporkan orang ramai telah menemukan satu lubang tanah berbuih dipercayai mengeluarkan gas asli cecair, satu daripada tapak bekas telaga minyak lama di kawasan terbabit baru-baru ini.
"Sebenarnya penemuan gas terbabit bukanlah menunjukkan sekitar bandar raya Miri masih banyak sumber minyak dan gas tetapi hanyalah kebocoran sisa bahan itu dari bekas telaga minyak lama dan sesuatu yang berbahaya kepada orang awam," katanya dalam sidang media di sini.
Katanya kebocoran gas dari bekas telaga minyak lama itu berisiko untuk meletup dan persatuan itu bersedia berbincang dengan pihak berkuasa tempatan bandar raya itu bagi memberikan nasihat tentang bahaya berkenaan kepada penduduk di sana.
Persatuan itu meminta kerajaan dan kementerian berkaitan alam sekitar di negeri ini mengenal pasti pihak bertanggungjawab terhadap telaga terbabit bagi membaik pulih dan menutup kebocoran gas atau minyak dari telaga itu.
Rahman berkata SPECA juga menyarankan supaya pihak bertanggungjawab terbabit bagi mengenal pasti dan memagar kesemua lokasi 624 tapak bekas telaga minyak lama di sekitar kawasan itu.
"SPECA yang mempunyai ramai ahli pakar cari gali minyak juga bersedia membuat kertas kerja cadangan membaik pulih dan menutup kebocoran telaga itu kepada kerajaan dan juga pihak bertanggungjawab terbabit," katanya.
Beliau berkata ketika ini masih belum diketahui pihak yang bertanggungjawab terhadap bekas-bekas telaga minyak lama di Bukit Kanada tetapi kawasan itu diterokai syarikat minyak Shell sejak 1910 dan telah mengeluarkan hingga lapan juta tong minyak.
Katanya kerja memagar kesemua 624 tapak bekas telaga minyak lama terbabit dianggarkan tidak menelan kos yang tinggi namun kerja membaik pulih dan menutup dengan sempurna telaga terbabit akan melibatkan perbelanjaan lebih tinggi.
"Kos menutup dengan sempurna satu telaga minyak di daratan tidaklah setinggi kos menutup telaga di kawasan laut yang boleh mencecah antara RM120 juta ke RM150 juta bagi satu telaga kerana memerlukan pengunaan banyak kapal," katanya, sambil menambah kejadian kebocoran ini boleh berulang lagi sekiranya bekas telaga minyak ini tidak ditutup dengan sempurna.
- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 18 2020

Kawasan tapak bekas telaga minyak yang dikatakan mengeluarkan gas dari bawah tanah dikhuatiri terdedah kepada bahaya. - Gambar BERNAMA
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611767988_infografikjanuari.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)
KKM memaklumkan terdapat 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 15 kluster berkaitan tempat kerja dan 2 kluster komuniti.

Geng Habib | Sindiket palsu keputusan ujian COVID-19 tumpas
Polis menangkap lima lelaki warga Pakistan yang terlibat dalam kegiatan menjual dan membeli surat ujian COVID-19 yang negatif.

ACL 2021 | JDT satu kumpulan dengan Jiangsu, Nagoya Grampus
Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), satu-satunya pasukan mewakili Malaysia dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) akan berentap dalam Kumpulan G selepas keputusan penuh undian diumumkan.

Vaksin COVID-19 | Myanmar mulakan program vaksin petugas kesihatan
Petugas kesihatan Myanmar menjadi kumpulan pertama yang diberi vaksin COVID-19 di negara berkenaan. Ia genap lima hari selepas vaksin pertama itu diterima dari India.

PKP 2.0 | Tubuh badan khas yang lebih ketat
Beberapa sektor ekonomi perlu diberikan tumpuan khusus bagi membolehkan penguatkuasaan yang sistematik ke atas industri berkenaan.
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887479/8967789641611764359059_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)

PdPR | Pusat Internet Komuniti beri manfaat kepada pelajar
Pusat Internet Komuniti (PIK) merupakan antara pendekatan yang boleh membantu menangani masalah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika ini. Bagi seorang pelajar Che Hafizal Farish Che Kheari, dia sering datang ke pusat internet komuniti di sebuah kampung di Tambun untuk mengulangkaji pelajaran.

10 Berita Pilihan - (27 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

SPM | Astro Tutor TV saji program 30 hari menjelang SPM
Mulai 23 Januari (Sabtu) ini, calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal disajikan dengan sorotan program istimewa, '30 Hari Menjelang SPM' di platform Astro Tutor TV.

Perkeso siasat kegiatan palsukan dokumen tuntutan faedah
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang melakukan siasatan dalaman bagi mengenal pasti kewujudan sebarang kegiatan pemalsuan dokumen rekod pesakit bagi tujuan tuntutan faedah. Ia susulan kes pemalsuan dokumen bagi tujuan tuntutan faedah melibatkan seorang pegawai perubatan di sebuah hospital di Pulau Pinang pada 25 Januari lepas.

Mangsa banjir berlindung atas alang bumbung selama 10 jam
Berada di alang kayu bumbung rumah hampir 10 jam bagi menyelamatkan diri selepas rumah dinaiki air pastinya pengalaman seumur hidup yang tidak akan dilupakan Nur Aleeya Maisarah Mansor, 18.

Amaran cuaca bahaya di Terengganu, Pahang, Johor
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca bahaya dengan hujan sangat lebat yang dijangka berlaku di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga esok.

Amaran cuaca bahaya, buruk di beberapa negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca bahaya dengan hujan sangat lebat dijangka berlaku di Pahang dan Johor sehingga esok.

Amaran cuaca bahaya di beberapa kawasan di Johor - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca bahaya (merah) di beberapa kawasan di Johor.

74 peratus mangsa lemas adalah 'orang luar' - Bomba Terengganu
Tidak peka dengan keadaan cuaca dan papan tanda yang dipasang di sepanjang pantai di negeri itu juga dipercayai menjadi penyumbang kepada kes berkenaan.

Banjir: Mangsa di Terengganu dan Kelantan terus meningkat petang ini
Jumlah mangsa banjir di pantai timur Semenanjung melibatkan Terengganu dan Kelantan semakin meningkat setakat pukul 5 petang ini, dengan beberapa sungai dilaporkan melepasi paras bahaya.

Bilangan mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 900 orang
Gua Musang daerah terbaharu dilanda banjir, membabitkan perpindahan 13 orang di Kampung Limau Kasturi.

Banjir Kelantan: Tiga daerah bertambah buruk, 500 orang dipindahkan
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk dengan pertambahan mangsa banjir yang dipindahkan meningkat berbanding semalam.

Sabah masih dikenakan PKPB, kes positif COVID-19 kekal 3 angka
Sabah masih diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 20 Disember 2020.

MetMalaysia keluarkan amaran cuaca bahaya di Kelantan, Terengganu
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Khamis mengeluarkan Amaran Cuaca Bahaya (merah) di dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu.