awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Permatang Pauh mahukan pemimpin berjiwa rakyat

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
04/05/2015
07:29 MYT
Penduduk Permatang Pauh mahukan pemimpin berjiwa rakyat
Rata-rata penduduk Permatang Pauh, mengharapkan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat yang memahami isu rakyat. - Foto Bernama
Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 7 Mei ini, rata-rata penduduk tempatan di sini, mengharapkan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan memahami isu mereka.
Mohd Razali Wahid, seorang warga emas yang berusia 63 tahun, berkata seorang pemimpin yang baik adalah seseorang yang kerap turun padang dan mengambil tahu hal ehwal serta masalah rakyat.
"Apa yang berlaku sekarang, selepas menang, pemimpin sudah tidak datang menjenguk.
"Masalah yang dihadapi tidak diendahkan. Aduan yang dilaporkan tidak diambil tindakan.
"Kami perlukan perubahan," katanya kepada Astro AWANI.
Shuhaimi Yusof
Shuhaimi Yusof
Ahmad Shuhaimi Yusof, 38, ingin melihat pemimpin yang adil di Permatang Pauh - Foto Astro AWANI/TK Letchumy
Peniaga di Pasar Awam Seberang Jaya, Ahmad Shuhaimi Yusof, 38, pula berkata beliau ingin melihat seorang pemimpin yang adil dan tidak menindas rakyat.
"Harga barangan sekarang sudah naik. Kami hendak berniaga balik dengan harga yang lagi tinggi pun kesian kepada rakyat juga.
"Kalau pendapatan dari RM600 ke RM900, macam mana hendak makan?
"Jadi, tidak kisahlah pemimpin yang akan datang ini dari parti yang mana sekalipun, asalkan tidak menindas rakyat," katanya.
Shaharudin
Sharudin
Shaharudin Wahab, 36, mahukan seorang peminpin lelaki di Permatang Pauh - Foto Astro AWANI/TK Letchumy
Seorang lagi peniaga dari pasar yang sama, Shaharudin Wahab, 36, berkata beliau ingin melihat seorang pemimpin lelaki di Permatang Pauh dan bukannya seorang wanita.
"Pemimpin yang baru ini harus memikirkan bagaimana hendak mengembangkan lagi ekonomi Malaysia.
"Negara kita sudah cukup kaya. Semua ada dalam Malaysia. Beras ada, minyak ada, gas ada. Tetapi kenapa rakyat masih susah? Tekanan hidup tinggi. Perlu difikirkan balik dari segi ekonomi," katanya.
Azhar Ahmad
Azhar Ahmad
Azhar Ahmad, 46,mengharapkan pemimpin akan datang mengurangkan kadar sewa di pasar tempatnya berniaga. - Foto Astro AWANI/TK Letchumy
Peniaga dari Pasar Awam Samagagah Azhar Ahmad, 46, pula meminta pemimpin yang akan datang supaya mengurangkan sewa di pasar itu.
"Dulu sewa di sini RM30..sekarang naik RM60...Kami inginkan pemimpin yang boleh turunkan kos sara hidup kami."
PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Suhaimi Sabudin (Barisan Nasional), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).
Ia diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat.
Seramai 71,252 orang pengundi biasa akan menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian Khamis depan (7 Mei).
Topic Berkaitan
#Permatang
#PRK
#Wan Azizah Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan