awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk pesisir pantai disaran bersedia hadapi air pasang perbani

Sinar Harian
Sinar Harian
06/04/2023
05:15 MYT
Penduduk pesisir pantai disaran bersedia hadapi air pasang perbani
Info grafik ramalan paras ketinggian ombak ketika fenomena air pasang perbani yang dikeluarkan Pusat Hidrografi Nasional.
SHAH ALAM: Penduduk pesisir pantai di empat negeri termasuk sekitar Pelabuhan Klang disaran bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan limpahan air laut susulan fenomena air pasang perbani.
Pusat Hidrografi Nasional dalam satu kenyataan memaklumkan fenomena tersebut diramal berlaku pada Rabu sehingga Sabtu ini.
"Paras air laut di Pelabuhan Klang dijangka setinggi dua meter pada 6.07 petang, Rabu yang berkemungkinan menyebabkan banjir di kawasan rendah di pesisir pantai.
“Paras air laut setinggi 2.2 meter pula dijangka berlaku jam 6.38 petang, 7.08 petang dan 7.38 petang pada Khamis sehingga Sabtu,” menurut Pusat Hidrografi Nasional menerusi laman Facebooknya.
Agensi itu turut memaklumkan fenomena sama dijangka turut berlaku di Kuala Muda, Kedah; Bagan Datuk, Perak dan Batu Pahat, Johor.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya memantau keadaan cuaca semasa selain merujuk agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai.
Dalam pada itu, maklumat lanjut mengenai paras pasang surut boleh dilayari menerusi laman sesawang hydro.gov.my/ramalanpasangsurut. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir
#Pusat Hidrogafi Nasional
#limpahan air laut
#fenomena air pasang perbani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan