awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga reda terima berita kematian Nadia Kesuma
Serpihan dipercayai pesawat ATR 42‑500 hilang ditemui di Bukit Bulusaraung
Edits perkenal fungsi tambah pautan dalaman pada Reels
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Ringlet dan Lembah Bertam dibenar pulang ke rumah - polis

Bernama
Bernama
10/11/2014
07:44 MYT
Penduduk Ringlet dan Lembah Bertam dibenar pulang ke rumah - polis
Kebanyakan rumah penduduk rosak akibat banjir sejak Rabu lepas dan kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh penduduk sendiri dengan dibantu pasukan bomba sukarela. - Foto Fail
Penduduk di sekitar Ringlet dan Lembah Bertam dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan keadaan cuaca yang cerah sejak semalam dan paras ais Sungai Ringlet kembali normal.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Zahari Wan Busu berkata walaupun kerja-kerja mendalam sungai sedang dilakukan, namun penduduk tidak perlu bimbang kerana keadaan mereka sentiasa dipantau oleh pihak bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam sekiranya banjir berulang.
Beliau berkata kebanyakan rumah penduduk rosak akibat banjir sejak Rabu lepas dan kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh penduduk sendiri dengan dibantu pasukan bomba sukarela.
"Jika mereka tidak dapat menyiapkan pembersihan rumah, mereka masih boleh menetap di pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet sehingga keadaan pulih seperti sedia kala," katanya kepada Bernama hari ini.
Wan Zahari berkata jumlah mangsa di pusat pemindahan sehingga kini kekal 91 orang daripada 28 keluarga.
GALERI FOTO: LEMBAH BERTAM DILANDA BANJIR LUMPUR LAGI
Sementara itu tinjauan Bernama di dewan berkenaan mendapati mangsa sedang sibuk berkemas untuk pulang bagi membersihkan rumah mereka dan mengambil barang yang masih boleh diselamatkan.
Di Lembah Bertam, didapati bilik gerakan operasi bencana telah ditutup ekoran keadaan Sungai Bertam kembali normal.
Akibat banjir Rabu lepas, penduduk di tebing Sungai Bertam diarah berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.
Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing ekoran hujan lebat selama sejam.
Dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands, lima mangsa terkorban manakala lima lagi cedera.
Topic Berkaitan
#Cameron Highlands
#DSP Wan Zahari Wan Busu
#Jabatan Pertahanan Awam
#lembah bertam
#Sungai Ringlet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan