MELAKA: Seramai 300 penduduk di Kampung Tengkera Pantai Satu dan Kampung Tengkera Pantai Dua di sini, resah apabila dinding rumah mereka retak dan mengalami kerosakan didakwa berpunca daripada projek pembinaan pangsapuri berdekatan kampung itu.
Situasi itu didakwa bukan baharu namun telah berlarutan sejak tahun 2019 hingga menyebabkan penduduk rasa tidak selamat untuk mendiami rumah masing-masing.
Penduduk, Mansor Ayer, 65, berkata, rumahnya paling teruk terjejas apabila lantai rumah dan longkang mengalami kerosakan teruk.
Menurutnya, lebih membimbangkan pernah berlaku insiden kayu dari projek pembinaan terbabit terjatuh dan menghempap bumbung rumah sehingga mengalami kerosakan.
Katanya, selain dia dan isteri Fadzlon Abd Raman, 60, rumah itu turut didiami bersama empat anak dan cucu serta ibunya yang berusia 94 tahun.
"Nasib kayu itu tidak kena ahli keluarga tapi kerosakan bumbung rumah terpaksa kami tanggung.
"Beberapa kali aduan dibuat termasuk kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tapi sehingga kini belum ada wakil pihak itu yang datang melihat," katanya.
Tambahnya, kerosakan serta kerugian yang dialami dianggarkan berjumlah RM230,000 namun pihak pemaju bercadang untuk memberikan pampasan sebanyak RM90,000 sahaja
Dia menganggap jumlah itu tidak berbaloi.
"Kerugian saya alami lebih banyak selain gangguan bunyi kerana projek masih berjalan sehingga lewat malam," katanya lagi.
Pesara guru, Zabariah Baba, 60, mendakwa siling di bahagian depan rumahnya telah beberapa kali jatuh disebabkan kerja-kerja cerucuk yang dilakukan selain bumbung rumah juga bocor.
Ujarnya, rumah atas tanah pusaka yang kini didiami anak serta menantunya itu juga tidak terkecuali mengalami kerosakan dan didakwa berlaku pergerakan tanah berpunca dari projek perumahan bertingkat tersebut.
"Minta kerajaan ambil tindakan segera dan saya mahu kerosakan yang dialami ini diberikan ganti rugi serta pampasan.
"Pemaju perlu lebih bertanggungjawab kerana menjalankan projek berdekatan rumah penduduk yang telah lama mendiami kawasan ini," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tengkera, Harun Ali berkata, telah menerima lebih 10 aduan berhubung masalah yang melanda penduduk kampung itu dan isu itu juga telah dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Japerun) pada Selasa.
Menurutnya, akan membantu penduduk untuk mendapatkan ganti rugi kerosakan yang dialami.
"Kita di JPKK akan bincang dengan pemaju dan selesaikan masalah itu," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 12 2023

Mansor menunjukkan dinding rumahnya di Kampung Tengkera Pantai Dua mengalami kerosakan teruk didakwa berpunca daripada projek pembinaan tersebut. - Foto Sinar Harian
ASEAN25: Mohamad bertemu Setiausaha Agung ASEAN
Meteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan bertemu Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn di Putrajaya pada Khamis.

Pemandu lori didakwa memandu bawah pengaruh dadah, sebabkan kematian kanak-kanak Singapura
Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak warga Singapura.
Hong Kong permudah kemasukan pelawat ASEAN
Hong Kong mengumumkan pelaksanaan rasmi program memudahkan kemasukan pelawat dari 10 negara ASEAN.
Maritim Malaysia atur gerak aset laut, kerjasama dengan Filipina
Maritim Malaysia menggerakkan aset bagi menangani jenayah rentas sempadan dengan bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina bagi memperkukuh kawalan.
Masjid Istiqlal santuni ribuan jemaah semasa iftar
Masjid Istiqlal menyantuni ribuan jemaah setiap hari dalam majlis berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.
Presiden Brazil kunjungi Vietnam minggu depan
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula Da Silva dilaporkan akan melakukan kunjungan rasmi ke Vietnam minggu depan, membawa bersama beberapa delegasi perniagaan.
PM Thailand arah tindakan tangani jerebu teruk di Chiang Mai
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra menggesa semua agensi berkaitan untuk segera meningkatkan langkah-langkah bag menangani masalah jerebu teruk yang mencemari udara di Chiang Mai.
Kira-kira 100,000 mangsa masih terperangkap di sempadan Thailand-Myanmar
Kira-kira 100,000 mangsa sindiket penipuan masih terperangkap di sempadan Thailand-Myanmar.

Saman fitnah: Lokman Adam mohon maaf secara terbuka kepada Rosli Dahlan
Rosli failkan saman berhubung penyiaran video yang mendakwa beliau mengaut keuntungan secara tidak sah daripada wang berkaitan usaha pemulihan aset 1MDB.

Jefri Ngadirin Pengarah MSN baharu bermula 4 April
Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini mengumumkan pelantikan Jefri Ngadirin sebagai Ketua Pengarah MSN yang baharu.

Penduduk risau rumah rosak, dinding retak
Situasi itu telah berlarutan sejak tahun 2019 hingga menyebabkan penduduk berasa tidak selamat untuk mendiami rumah mereka.

Rumah retak teruk, penghuni bimbang risiko keselamatan
Mendapan tanah dipercayai menjadi punca keretakan itu yang mula dikesan penduduk selepas enam bulan mendiami rumah tersebut.

Rumah didakwa retak akibat projek landasan keretapi
Penduduk Taman Tiong Mas bimbang masalah keretakan dinding dan lantai rumah ekoran projek pembinaan landasan kereta api berkembar.