KEPALA BATAS: Sekumpulan penduduk menyatakan sokongan terhadap cadangan pembinaan Taman Teknologi Pulau Pinang (PTP) di Bertam di sini bagi merancakkan lagi ekonomi penduduk setempat.
Bagi mereka, sekiranya projek itu dapat dilaksanakan ia bukan sahaja dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat di sini malah bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk yang selama ini terpaksa mencari rezeki di kawasan pulau dan beberapa tempat lain.
Muhammad Ammir Zulkefli, 27, berkata, beliau yang sebelum itu membantah cadangan pembinaan kuarters penginapan berpusat (CLQ) yang akan menempatkan pekerja asing, bagaimanapun menyokong PTP selepas CLQ dibatalkan.
"Memang sebelum ini kami menentang pembinaan CLQ kerana tidak mahu kawasan ini dibanjiri warga asing tetapi kami tidak menolak pembangunan PTP.
"Banyak manfaat yang boleh diperoleh kerana dengan adanya kilang, banyak peluang pekerjaan terbuka luas khususnya untuk orang muda yang banyak menganggur berikutan pandemik Covid-19 sebelum ini," katanya ketika ditemui media selepas menyerahkan memorandum sokongan terhadap projek PTP di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara, di sini pada Jumaat.
Memorandum itu diterima, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Norliana Ismail.
Muhammad Ammir berkata, kebanyakan anak muda dan golongan pertengahan di kawasan ini terpaksa berulang alik ke kawasan pulau dan Nibong Tebal bagi mencari rezeki di sektor perkilangan.
Menurutnya, mereka terpaksa bangun seawal jam 4.30 pagi untuk bersiap ke tempat kerja dan pulang pula pada jam 8 malam setiap hari hinggakan tiada masa untuk bersosial dan bermasyarakat dengan penduduk setempat.
"Dengan wujudnya kawasan taman industri di kawasan ini ianya akan memberi kelegaan kepada anak muda untuk mendapat peluang pekerjaan dengan jarak perjalanan yang singkat.
"Sekiranya projek ini dilaksanakan banyak pelaburan oleh industri berteknologi tinggi sebagaimana yang berlaku di Batu Kawan malah ia akan memajukan kawasan ini dan ini sudah semestinya akan merancakkan ekonomi penduduk di kawasan ini," katanya
Sementara itu, seorang lagi penduduk Norliana Mat, 42 berkata, dengan wujudnya PTP nanti ia akan menyelesaikan masalah pengangguran di kalangan anak muda dan akan membangunkan lagi kawasan Bertam dengan perniagaan yang diusahakan penduduk tempatan.
"Projek pembangunan ini dilihat akan merancakkan ekonomi penduduk sekitar terutama peniaga makanan dan minuman selain mampu menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada golongan muda.
"Saya berharap projek ini dapat dijalankan segera untuk kepentingan rakyat setempat dan kemajuan negeri kita," katanya.
Pada Khamis, kerajaan negeri mengumumkan pihak pemaju, Lestari Duta bersetuju membatalkan pembinaan asrama warga asing seperti terkandung dalam pelan terdahulu.
Pembatalan dibuat selepas mengambil kira pandangan dari pemegang taruh, termasuk penduduk berjiran dan jabatan-jabatan teknikal terbabit.
Bagaimanapun, pemaju akan memfokuskan pembinaan kilang berteknologi tinggi dengan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh jabatan-jabatan teknikal dan pihak berkuasa tempatan (PBT). -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Aug 06 2022
Wakil penduduk, Mazlan Abdul menyerahkan memorandum kepada Norliana. -Foto Sinar Harian
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Tanah tidak diwarta, usaha bina semula Klinik Kesihatan Tangkarason tergendala
Usaha kerajaan untuk membina semula Klinik Kesihatan Tangkarason di Beluran yang terbakar baru-baru ini tergendala apabila tanah yang diduduki tidak dimohon untuk diwartakan.
Majikan perlu tingkatkan usaha jaga kebajikan pekerja selari keuntungan - PM Anwar
Majikan di negara ini termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta, perlu meningkatkan usaha menjaga kebajikan pekerja selari dengan keuntungan yang diperolehi.
Penduduk sokong PTP dibina di Bertam
Projek itu dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat di sini malah bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk.
Pekerja dilanggar lori pemunggah kontena di PTP
Seorang lelaki warga Nepal maut dilanggar lori pemunggah kontena yang membuat pusingan-U di Jalan Utama Dermaga Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kontena mengandungi peralatan radar tentera tidak hilang - LPJ
Kontena mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi tidak hilang malah kontena tersebut sentiasa di dalam kawalan rapi semasa berada di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di sini.