awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kualiti filem, mekanisme dana jadi keutamaaan FINAS
DBKL buka portal OSC kepada umum, perkukuh ketelusan perancangan bandar
Penterjemahan 45 jilid ensiklopedia fiqh dijangka siap 2028 - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk tiada air, kerajaan Selangor masih siasat

Nuradilla Noorazam
Nuradilla Noorazam
26/09/2016
15:01 MYT
Penduduk tiada air, kerajaan Selangor masih siasat
Syarikat Pengurusan Air Selangor (Syabas) sudah menghantar 50 tangki bekalan air kepada penduduk.
Ketika 337,450 pengguna di beberapa kawasan menghadapi masalah bekalan air, kerajaan negeri Selangor pula masih melakukan siasatan mengenai punca pencemaran Sungai Semenyih.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata kadar pencemaran mengikut analisis bau bahan asing itu dianggarkan mencecah 12 tong.
Mengulas dakwaan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar pada Isnin, Zaidy berkata Noh harus memahami isu sebenar sebelum menuduh sebarangan.
"Pertama, beliau kena faham ini merupakan isu pencemaran yang sama-sama kita tangani yang kita sedang mengenal pasti punca pencemaran.
"Bila berlaku pencemaran sehingga 12 tong, unit nilaian, loji terpaksa ditutup, loji tidak boleh merawat air dan ini akan menjejaskan kesihatan pengguna maka ia terpaksa ditutup dan ditutup tiga kali selama 20 jam," katanya kepada Astro AWANI.
Tambahnya, kerajaan negeri yakin bahawa gangguan bekalan air di daerah Petaling, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat dijangka pulih sepenuhnya pada 28 September, jam 1 pagi.
Jelasnya status pulih gangguan air berada di tahap 87 peratus, dengan 181 dari 434 kawasan terjejas sudah dilaporkan pulih sepenuhnya.
Syarikat Pengurusan Air Selangor (Syabas) sudah menghantar 50 tangki bekalan air kepada penduduk.
Sebelum itu, Noh ketika sidang medianya pada Isnin mendakwa kerajaan Selangor gagal dalam menangani masalah bekalan air di negeri itu.
Topic Berkaitan
#Kerajaan Selangor
#masalah bekalan air
#Sungai Semenyih
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan