awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita rugi RM166,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
Panda kembar Tokyo 'balik' China 27 Januari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk urban dijangka meningkat kepada 80 peratus menjelang 2030 - Muhyiddin

Firdaus Azil
Firdaus Azil
28/09/2020
02:57 MYT
Penduduk urban dijangka meningkat kepada 80 peratus menjelang 2030 - Muhyiddin
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan Malaysia Urban Forum 2020, anjuran Urbanice Malaysia, di ibu negara, hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR:Jumlah penduduk di kawasan bandar dijangka akan meningkat dari 77% populasi keseluruhan rakyat Malaysia, kepada 80%, atau sekitar 26 juta orang, menjelang 2030, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Berdasarkan statistik itu, beliau berkata, kerajaan perlu mengambil pendekatan lebih agresif dalam menangani isu berbangkit yang memberi impak secara langsung kepada penduduk di kawasan bandar.
Antara isu yang berbangkit, kata Muhyiddin, isu pengurusan sisa buangan, masalah kesesakan trafik, bekalan air bersih mencukupi, bekalan elektrik, akses kepada pengangkutan awam dan telekomunikasi, serta masalah banjir kilat.
Selain itu, katanya lagi, kerajaan juga sedar perubahan demografi yang menyaksikan Malaysia bakal menjadi ‘ageing society’ menjelang 2045, di mana 14 peratus daripada keseluruhan populasi adalah 65 tahun ke atas.
Malaysia is 10 years shy to reach the 2030 Agenda for Sustainable Development. PM Muhyiddin says, all stakeholders (Govt, Pvt, City Leaders etc) need to report and show action plans, progress and efforts towards the achievement of the SDGs https://t.co/zog1hEqAGg
— FA (@FirdausAzil) September 28, 2020
“Jadi bandar dan persekitaran urban kita, perlu lebih mesra kepada golongan berusia dan jantina, dalam kita mempersiap diri menghadapi cabaran ini.
“Ini lah masanya untuk kita melihat isu mengenai ‘ageing society’ dalam pelan pembangunan nasional kita, serta melihat kembali pembangunan dan perancangan fizikal, bagi memenuhi keperluan komuniti warga emas ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Malaysia Urban Forum 2020, anjuran Urbanice Malaysia, di sini, hari ini.
Majlis Perasmian itu turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, Pengarah Eksekutif UN Habitat Datuk Seri Maimunah Shariff, serta pegawai kanan agensi berkaitan.
Forum itu, bertemakan – “The transformative pathway and actions to deliver substainable agenda 2030”, membawa 164 speaker berpengalaman untuk berkongsi idea dan pandangan, untuk menangani isu serta cabaran berbangkit.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, sistem maklum balas dari bawah ke atas, perlu diperkasakan bagi memastikan integrasi dan kerjasama berkenaan hal polisi dapat dilaksanakan dengan berkesan.
“Hanya 10 tahun sahaja lagi untuk mencapai Agenda Pembangunan Lestari 2030, kita perlu, bukan sahaja membincangkan mengenai cabaran dan aspirasi, tetapi juga perlu melapor dan menunjukkan tindakan, kemajuan, dan usaha dalam mencapai visi Malaysia sebagai negara dengan pembangunan lestari.
“Kesemua ini, memerlukan kementerian dan agensi di peringkat Persekutuan, Negeri, dan Tempatan untuk bersama-sama merangka polisi dan strategi bagi memastikan pembangunan di masa hadapan akan berjalan dalam suasana yang lebih lestari.
“Kita perlu memperkasakan sistem maklum balas dari bawah ke atas, bagi memastikan integrasi dan kerjasama mengenai penghasilan dasar, serta koordinasi lebih jitu bagi mengurangkan ketidaksepadanan antara keperluan realiti dan pelan tindakan," kata perdana menteri lagi.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#Malaysia Urban Forum 2020
#rakyat Malaysia
#air
#kerajaan
#rakyat
#menteri
#warga emas
#Malaysia
#bandar
#urban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan