awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jabatan Negara AS lulus cadangan jualan peluru berpandu Patriot kepada Arab Saudi
Soraya Borhan juara Penyampai Emas SINAR 2026
Polis tahan warga emas disyaki terlibat kes kematian anjing liar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penebangan balak, pengorekan pasir punca sungai Kelantan cetek

Bernama
Bernama
22/07/2013
02:57 MYT
Penebangan balak, pengorekan pasir punca sungai Kelantan cetek
Kegiatan penebangan balak dan pengorekan pasir yang berterusan di Sungai Kelantan dikenal pasti sebagai punca utama sungai berkenaan cetek dan berlaku mendapan sehingga menyukarkan kerja pengaliran air ke sawah padi, di negeri ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lebih merisaukan ia telah memberikan impak pengeluaran padi yang semakin merosot setiap tahun, sekali gus merugikan petani.
"Ini bukan sesuatu yang direka bagi memburukkan kerajaan Kelantan dan jika kerajaan negeri itu tidak bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk menanganinya, masalah ini tidak akan selesai dan rakyat Kelantan terus menjadi mangsa.
"Saya telah diberi taklimat setiap tahun kita mengorek lumpur di hadapan rumah pam membabitkan beratus lori dan saya minta kerajaan negeri perlu bersama-sama untuk bantu rakyatnya sendiri dan jangan harap kerajaan Persekutuan sahaja untuk melakukannya," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat pertanian dan berbuka puasa di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di sini, petang semalam.
Turut hadir Pengurus Besar KADA, Ibrahim Mat dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad.
Ismail Sabri berkata jumlah pengeluaran padi yang diseliakan Kada kini merosot daripada 205,000 tan metrik kepada 192,000 tan metrik dan memberi kesan bukan sahaja kepada petani, malah kepada produktiviti negeri dan negara.
"Di Parlimen saya sebut minta sokongan kerajaan negeri untuk membantu rakyatnya sendiri. Jangan harapkan kerajaan Persekutuan sahaja.
"Betul kita bantu bina rumah pam dan berbagai lagi tapi jika kerajaan negeri tidak bantu seperti atasi penebangan balak dan pengorekan pasir yang berterusan, ia tidak akan dapat selesaikan masalah ini. Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan puluhan juta untuk membantu," katanya.
Beliau menegaskan kementeriannya tetap akan berusaha mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
Semalam lebih 3,000 petani di kawasan Kada dilaporkan kehilangan punca pendapatan berjumlah kira-kira RM60 juta apabila 10,000 dari jumlah 18,900 hektar sawah padi mereka tidak dapat diusahakan akibat kekeringan sumber air dari Sungai Kelantan.
Mereka terdiri daripada petani di tiga Jajahan iaitu Pasir Puteh, Bachok dan Kota Baharu.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
#Sungai Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan