Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang berbincang dengan beberapa pihak berhubung cadangan menempatkan semua terminal bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan di sini bagi mengurangkan kesesakan di pusat bandar raya.
Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata perpindahan terminal bas ekspres ke utara dan pantai timur itu melibatkan banyak pihak dan kos, oleh itu kajian teliti serta penyusunan semula sistem perlu dibuat bagi memastikan tiada pihak mengalami gangguan perkhidmatan.
"Pudu Sentral umpamanya bagi saya, tidak sesuai untuk bas perjalanan jarak jauh kerana ia terletak di tengah bandar raya yang sentiasa sesak dengan kenderaan, tambahan pula ruangnya yang kecil dan kaunter tiket juga tidak mencukupi.
"Kita lihat TBS masih di bawah kapasiti dan setakat ini hanya 30 peratus sahaja kemudahan digunakan. Masih banyak ruang boleh digunakan, namun kita perlu ambil kira segala halangan untuk pemindahan itu," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Hentian Duta di sini hari ini.
Menurutnya pembinaan TBS yang berkapasiti besar dengan kos lebih RM500 juta itu dilihat mampu menampung keperluan perjalanan dan perkhidmatan bas ekspres ke utara, pantai timur dan selatan.
Mengenai harga tiket pengangkutan awam, Syed Hamid berkata pihaknya sedang meneliti format dan kaedah penetapan harga yang sepatutnya dan keputusan itu akan dikeluarkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Bernama
Tue Aug 06 2013
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
LRT bertembung: Jawatankuasa siasatan ditubuh - MOT
Jawatankuasa siasatan yang terdiri daripada kakitangan pelbagai agensi ditugaskan segera untuk mengumpul semua laporan siasatan sebelum dibentangkan sebagai laporan akhir.
Bulan kemerdekaan: 70 peratus diskaun saman JPJ dan SPAD
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman kepada semua saman boleh kompaun yang dikeluarkan jabatan itu dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Lori kebal: Seorang penolong penguatkuasa JPJ didakwa terlibat rasuah
Penolong Penguatkuasa berusia 48 tahun itu didakwa menerima suapan keseluruhan berjumlah kira-kira RM6,300 daripada syarikat pengangkutan bagi melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan.
Enam lagi penguatkuasa JPJ didakwa terlibat rasuah
Enam lagi penguatkuasan JPJ Pulau Pinang didakwa atas 14 pertuduhan rasuah melindungi 'lori- lori kebal' di Pulau Pinang.
SPRM bawa enam lagi penguat kuasa JPJ ke mahkamah hari ini
Pendakwaan kes rasuah membabitkan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang diteruskan hari ini dengan enam lagi penguat kuasa jabatan itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini.
Lima penguat kuasa JPJ, seorang bekas anggota SPAD hadapi 63 pertuduhan rasuah
Kesemua individu tersebut mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan utama dan pertuduhan pilihan yang dihadapi mereka ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim.
Sindiket 'lori kebal': Dua penguatkuasa JPJ, bekas anggota SPAD direman
Mereka direman sehingga 30 April bagi membantu siasatan kes rasuah lori kebal di Pulau Pinang.
Tawaran Gred 19 kepada pegawai berkelulusan ijazah tak masuk akal - Najib
Katanya, mereka yang berkelulusan ijazah tidak patut ditawarkan gred yang sama dengan mereka yang berkelulusan SPM.
Najib abai nasihat agensi kerajaan berhubung ECRL - Daim
Daim bertanya sama ada wakil peribadi berunding secara terus dengan China dan CCCC, menyebabkan perjanjian ECRL yang lama ditandatangani pada kos amat tinggi dan tanpa ketelusan dan akauntabiliti.
APAD siasat dan kenal pasti punca pelanggan marah pegawai di kaunter
Hasil siasatan lanjut dijalankan ke atas kejadian yang berlaku di pejabat wilayah APAD Kelana Jaya itu mendapati pelanggan terbabit tidak menunggu lama sepertimana didakwa dalam video berkenaan.