awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penemuan tapak kaki harimau gemparkan penduduk

Bernama
Bernama
15/11/2023
07:07 MYT
Penemuan tapak kaki harimau gemparkan penduduk
Anggota Perhilitan Kelantan menunjukkan kesan tapak kaki harimau yang ditemui di Kampung Seberang Lembaga Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah di sini. - Foto Bernama
GUA MUSANG: Penduduk Kampung Seberang Lembaga dan sekitar Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, di sini, digemparkan dengan penemuan beberapa kesan dipercayai tapak kaki harimau berhampiran kediaman mereka, semalam.
Seorang pekebun Raja Azmi Ramli, 64, berkata penemuan jejak sebesar tapak tangan manusia itu menyebabkan dia mula takut untuk ke kebun sawitnya kerana bimbang terserempak dengan haiwan liar berkenaan.
"Sebelum ini saya akan ke kebun pada 9 pagi hingga tengah hari, namun hari ini hanya kira-kira sejam sahaja untuk membaja bersama anak lelaki.
"Saya harap pemantauan secara berterusan dapat dilakukan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kerana kami kini hidup dalam kebimbangan," katanya kepada pemberita hari ini.
 Anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan mengambil gambar dan ukuran kesan tapak kaki harimau yang ditemui di Kampung Seberang Lembaga Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah di sini. - Foto Bernama
Anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan mengambil gambar dan ukuran kesan tapak kaki harimau yang ditemui di Kampung Seberang Lembaga Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah di sini. - Foto Bernama
Zahari Daud, 53, pula berkata beberapa laporan mengenai kehadiran pak belang akhir-akhir ini membuatkan lebih 100 pekebun di kawasan itu semakin gusar untuk melakukan aktiviti harian.
"Beberapa hari lepas kelibat haiwan liar itu dilihat di Jalan Subong, kelmarin (dua hari lepas) seorang penduduk merempuh harimau belang dan pada petangnya pula penemuan kesan tapak kaki di belakang rumah penduduk.
"Saya harap harimau terbabit dapat ditangkap segera supaya lebih 800 penduduk di sini dapat hidup dengan lebih tenang," katanya.
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan penemuan kesan tapak kaki berkenaan.
"Anggota Perhilitan telah ke lokasi kejadian sejurus menerima aduan penduduk. Ukuran tapak kaki itu sudah diambil pagi tadi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tapak kaki harimau
#Gua Musang
#Kampung Seberang Lembaga
#Perhilitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan