MELAKA: Sebanyak 10,060 asnaf fakir, miskin dan mualaf telah diluluskan sebagai penerima agihan zakat di Melaka dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini, meningkat 20.1 peratus berbanding 8,375 orang dalam tempoh sama tahun lepas.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, peningkatan penerima zakat berkenaan adalah disebabkan beberapa faktor, antaranya kehilangan pekerjaan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masalah kesihatan yang bertambah kronik akibat jangkitan COVID-19 dan kematian ketua keluarga yang merupakan penyumbang utama pendapatan dalam keluarga akibat COVID-19.
"Kerajaan negeri terus komited dalam usaha membantu menyelesaikan masalah dan rintihan rakyat dengan melaksanakan pelbagai usaha bagi mengurangkan beban yang ditanggung golongan asnaf khususnya dalam isu kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup.
"Mulai 1 Jan lepas, Bantuan Makanan Bulanan yang diterima golongan asnaf yang mempunyai tanggungan tiga orang dan ke atas akan ditambah sebanyak RM50 kepada RM250 seorang sebulan dan bantuan ini melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM796,000," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini hari ini.
Sulaiman (BN-Lendu) menjawab soalan dikemukakan Adly Zahari (PH-Bukit Katil) berkaitan jumlah penerima zakat pada tahun ini berbanding tahun lepas, mengambil kira kesan kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup.
Sulaiman berkata peruntukan bantuan persediaan Ramadan Syawal asnaf Majlis Agama Islam (MAIM) bagi tahun ini juga telah ditambah daripada RM5.33 juta kepada RM7.05 juta dengan jumlah peningkatan peruntukan sebanyak RM1.71 juta manakala bantuan Aidiladha Asnaf MAIM turut ditambah daripada RM1.32 juta kepada RM3.03 juta melibatkan penambahan peruntukan sebanyak RM1.71 juta.
Katanya selain itu, kerajaan negeri sedang mempertimbang untuk menaikkan kadar bayaran elaun pegawai syarak masjid melibatkan jawatan imam, bilal dan noja dan pengumumannya akan dibuat dalam masa terdekat.
Menjawab soalan Adly berkaitan jumlah kutipan zakat oleh Pusat Zakat Melaka, Sulaiman berkata kutipan zakat keseluruhan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini adalah sebanyak RM64.08 juta, meningkat sebanyak 22.59 peratus berbanding RM52.27 juta dalam tempoh sama tahun lepas.
"Jumlah pembayar zakat pada tahun ini juga turut meningkat kepada 720,028 orang berbanding 666,023 orang pada tahun lepas, meningkat sebnayak 54,005 orang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 25 2022
Sulaiman berkata, kerajaan negeri terus komited dalam usaha membantu menyelesaikan masalah dan rintihan rakyat dengan melaksanakan pelbagai usaha. - Gambar fail
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Bajet MAIWP 2025: Anggaran pendapatan naik kepada RM1.67 bilion, pembangunan ummah teras utama - Na'im
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
FGV sempurnakan agihan dan pembayaran zakat bagi 2024 berjumlah RM19.9 juta
Sesi kesembilan program FGV Seikhlas Hati bagi tahun 2024 memberi manfaat kepada kira-kira 1,900 orang asnaf seluruh negara.
MAIWP sedia RM5 juta bantu mangsa banjir di seluruh negara - Mohd Na'im
Mohd Na'im menyeru umat Islam di Malaysia untuk segera menunaikan zakat bagi membolehkan bantuan berterusan disalurkan kepada golongan memerlukan.
MAIPs beri zakat RM5,000 kepada bekas ahli GISB, bantu mulakan hidup baharu
MAIPs hari ini memberikan sumbangan zakat RM5,000 kepada seorang bekas ahli GISB sebagai usaha membantu lelaki berkenaan memulakan kehidupan baharu mengikut ajaran Islam sebenar.
Zakat, wakaf berperanan besar pastikan pembangunan ekonomi mampan - TPM Fadillah
Kerajaan melihat sektor ketiga dalam kewangan Islam seperti institusi zakat, wakaf dan infak berperanan besar dalam memastikan pembangunan ekonomi yang mampan dan saksama di negara ini.
Bank Rakyat anjur persidangan iSHAR kali ke-5, tumpu peranan zakat dan isu kontemporari
Bank Rakyat menganjurkan Persidangan Meja Bulat Cendekiawan Syariah Antarabangsa (iSHAR) ke-5 tertumpu pada peranan zakat dan isu kontemporarinya dalam kewangan Islam.
MAINS kutip RM67 juta zakat pada separuh pertama 2024
Secara keseluruhan, RM98 juta telah diagihkan kepada asnaf, melibatkan rekod kutipan zakat yang terkumpul setakat ini.
Tabung Haji komited jayakan inisiatif Ekonomi MADANI, perkasa saluran bantuan
Sejak penubuhannya, TH telah salurkan zakat berjumlah RM1.37 bilion kepada Majlis Agama Islam negeri untuk diagihkan kepada golongan asnaf.
Yang di-Pertuan Agong bayar zakat RM10 juta
Cek zakat diserahkan baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Nasri Md Ali.
Tabung Amanah Zakat UNITEN: Lebih 200 pelajar terima danasiswa pelajar cemerlang
Abdul Razak berkata jumlah keseluruhan Danasiswa Pelajar Cemerlang ialah sebanyak RM80,850.