awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peneroka Felda alami kerugian sebab guna 'orang tengah'

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
16/04/2025
09:16 MYT
Peneroka Felda alami kerugian sebab guna 'orang tengah'
Izham berkata, wujud peratusan terutama di beberapa rancangan yang menggunakan orang tengah untuk berurus niaga, namun akhirnya ditipu dengan harga yang lebih rendah - Gambar hiasan/DagangNews
KUALA LUMPUR: Tindakan segelintir peneroka yang menggunakan orang tengah atau peraih untuk menjual hasil kelapa sawit menyebabkan wujud pelbagai isu ketirisan dan kerugian tanpa sedar.
Perkara itu didedahkan oleh Timbalan Pengarah Besar Perladangan Felda, Izham Mustaffa.
Katanya, wujud peratusan terutama di beberapa rancangan yang menggunakan orang tengah untuk berurus niaga sehingga akhirnya ditipu dengan harga yang lebih rendah.
“Masih ada situasi di beberapa rancangan yang menyebabkan peneroka terpaksa menggunakan orang tengah untuk berurus niaga menyebabkan (mereka) ditipu. Mereka tidak percaya dengan sistem sedia ada.
“Segelintir mereka tidak percaya, kononnya harga rendah dan kadar perahan minyak sawit (OER) tidak baik," katanya dalam temu bual bersama Rasa Oren yang disirkan di laman sosial FELDA Official.
Izham menambah, keadaan itu menyebabkan Felda melancarkan beberapa inisiatif bagi membantu peneroka termasuk melancarkan Pusat Mengumpul Sawit (PMS) Lestari, Bukit Damar.
"Matlamat utamanya adalah peneroka perlu merasakan mereka mendapat pendapatan yang lebih tinggi dan urus niaga yang lebih senang.
"Kedua, dalam urus niaga pembelian ini, kita nak merancakkan penglibatan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF)," ujar beliau lagi..
Sementara itu, Pengarah Operasi Perladangan Felda, Razuwan Che Rose berkata, kewujudan pihak ketiga yang menangguk di air keruh ini merugikan peneroka yang sepatutnya menerima keuntungan maksimum daripada hasil tanaman mereka.
Katanya, isu ketirisan tidak sepatutnya berlaku jika proses penjualan sawit itu berlaku mengikut standard yang disediakan.
“Apabila buah-buah sawit dihantar ke kilang Felda, mereka menikmati hasil pendapatan yang maksimum baik dari segi penimbang, perahan dan harga.
“Tetapi apa yang berlaku di beberapa kawasan, ada pihak ketiga yang mengambil kesempatan. Peneroka hantar ke pihak ketiga dan sawit tersebut dihantar pula ke kilang. Wujud ketirisan di tengah proses tersebut," jelas Razuwan.
Topic Berkaitan
#Felda
#Isu orang tengah Felda
#kelapa sawit
#harga kelapa sawit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan