awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peneroka Felda rugi RM140,000 diperdaya Macau Scam

Azee Shafy
Azee Shafy
10/12/2022
02:20 MYT
Peneroka Felda rugi RM140,000 diperdaya Macau Scam
Mangsa diminta memindahkan semua wangnya dalam akaun Maybank milik mangsa ke akaun Bank Islam.
PEKAN: Seorang peneroka dari Felda Chini Timur 2 menanggung kerugian sebanyak RM140,000 akibat penipuan dari sindiket Macau Scam.
Menurut Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Mohd Zaidi Mat Zin, pada 1 Disember lalu, mangsa telah menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya anggota polis dari Ampang, Selangor.
"Mangsa diberitahu bahawa dia disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram dan rasuah serta dikehendaki memberikan butiran akaun bank miliknya sebelum diminta memindahkan semua wangnya dalam akaun Maybank milik mangsa ke akaun Bank Islam.
"Mangsa melakukan seperti yang disuruh dan memindahkan wangnya secara berperingkat menggunakan mesin ATM yang terletak di Pusat Tenun Diraja Pahang, di Chini antara 1 Disember lalu hingga 6 Disember," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun, Mohd Zaidi memberitahu, pada Rabu (7 Disember), mangsa telah menyemak baki dalam akaun Bank Islam di Jalan Mahkota, Kuantan dan mendapati wang tersebut telah dipindahkan secara berperingkat ke beberapa akaun tidak dikenali.
Jelasnya, mangsa yang menyedari ditipu kemudian membuat laporan polis Rabu lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Topic Berkaitan
#Macau Scam
#Mohd Zaidi Mat Zin
#anggota polis
#peneroka Felda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan