KUALA LUMPUR: Pengadil perlawanan Liga Super di antara Sabah FC menentang Terengganu FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Ahad lepas, dikenakan tindakan penggantungan serta-merta selama dua minggu daripada sebarang tugasan perlawanan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk S. Sivasundaram berkata, pengadil tersebut didapati menunjukkan prestasi kurang memuaskan sepanjang perlawanan itu, berlandaskan laporan Penilai Pengadil.
Pengadil tersebut juga akan dirujuk kepada Pengurus Pembangunan Pengadil FAM Nagor Amin Noor Mohamed, untuk mengikuti program penambahbaikan prestasi sebelum kembali bertugas bermula dari liga divisyen bawah.
"Beliau hanya akan dilantik semula sebagai pengadil perlawanan Liga Super selepas prestasinya dinilai berada pada tahap memuaskan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, pengadil perlawanan di antara Perak FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh pada hari yang sama, turut dirujuk kepada Nagor Amin kerana terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dibuat.
"Secara keseluruhan prestasi pengadil adalah memuaskan sepanjang perlawanan tersebut berlandaskan laporan Penilai Pengadil yang bertugas pada perlawanan tersebut," katanya yang juga timbalan presiden FAM.
Pemain tengah JDT Natxo Insa pula, dirujuk kesnya ke Jawatankuasa Tatatertib FAM berdasarkan bukti rakaman video dan laporan pengadil ekoran tindakannya yang menyerbu dan menyentuh pengadil selepas tamat perlawanan.
Khailazuan Kidam dan Noor Azriel Baharudin merupakan pengadil yang masing-masing mengadili perlawanan Sabah FC berdepan Terengganu FC, dan Perak FC menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Ahad, yang mencetuskan ketiadakpuasan dalam kalangan peminat dan juga netizen.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 23 2021
Pengadil tersebut didapati menunjukkan prestasi kurang memuaskan sepanjang perlawanan itu, berlandaskan laporan Penilai Pengadil. - Gambar/ Facebook @malaysianfootballleague
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC
Jaringan hatrik Arif Aiman Mohd Hanapi memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur City FC.
'Apa lagi yang saya perlu minta daripada pemain' - Victor
Victor berkata, pemain KDA FC telah berikan segalanya untuk membantu pasukan dalam perlawanan tersebut dan ia adalah satu kepuasan buat dirinya.
TFC kutip tiga mata penting, benam Kelantan 2-1
Skuad Penyu melancarkan pelbagai serangan awal untuk menguji ketangkasan penjaga gol KDN FC, Mohammad Fikri Che Soh.
Devan tagih pemain Melaka FC yakin, tunjuk kemampuan saingi lawan lebih kuat
Biarpun pasukannya dianggap 'underdog', mereka tidak berada dalam tekanan untuk melayan kunjungan Sang Penyu di Stadium Hang Jebat.
Aksi Perak-JDT: FAM rehatkan dua pengadil bertugas
Kedua-dua pengadil itu gagal membuat keputusan yang tepat berhubung insiden situasi penalti pada minit ke-38 dan pergelutan pada minit ke-84.
Liga Super: Penang FC umum Wan Rohaimi sebagai ketua jurulatih baru
Penang FC mengumumkan pelantikan Wan Rohaimi Wan Ismail sebagai ketua jurulatih skuad senior mereka dalam saingan Liga Super.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.
Sepatutnya pilihlah stadium berkecuali - Penyokong Perak FC
Muhammad Hamzah berkata, apa juga alasan yang diberikan, seharusnya lokasi berkecuali dipilih dalam perlawanan penting seperti ini.
Sepatutnya pilihlah stadium berkecuali - Penyokong Perak FC
Keputusan MFL menukar lokasi perlawanan tertunda Liga Super di antara Perak FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) mengecewakan peminat tuan rumah.
Liga Super: Penyokong Perak cadang boikot aksi bertemu JDT
Rata-rata penyokong The Bos Gaurus melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan pertukaran gelanggang ke Stadium Sultan Ibrahim.