TENOM: Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa dia menerima panggilan telefon pertama daripada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew pada jam 3.40 pagi, 4 Mac 2021.
Wanita berusia 40an itu, selaku saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu kes berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria pada perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah tersebut.
Beliau berkata dalam panggilan selama 291 saat itu (4 minit 51 saat), dia dapat mengecam suara pendakwah itu kerana pernah mendengarnya melalui media sosial, ceramah dan sesi siaran langsung yang dikendalikan Ebit Lew.
"Saya ingat masa itu beliau (Ebit Lew) bertanya tentang saya dan keluarga...dia tanya berkenaan pekerjaan, apa masalah yang dihadapi sehingga berminat dengan program beliau dan saya pun masa itu beritahu tentang keluarga saya dan permasalahan saya," katanya.
Terdahulu, Zahida dalam pemeriksaan utama bertanyakan kepada saksi dengan merujuk dokumen daripada syarikat telekomunikasi Celcom iaitu maklumat pelanggan dan butiran panggilan sekiranya ada panggilan dibuat daripada nombor telefon Ebit Lew kepada saksi.
Saksi berkata sebelum itu, pada tarikh sama pada jam 2.28 pagi, Ebit Lew buat pertama kali menghantar mesej kepadanya di aplikasi Whatsapp selepas wanita itu memberikan nombor telefonnya di Instagram milik tertuduh pada 3 Mac 2021.
Beliau berkata sejak itu sehingga 29 Mac 2021, Ebit Lew sering menghantar mesej di Whatsapp selain membuat panggilan telefon kepadanya dan semakin berani menulis perkara berkaitan seksual.
Saksi berkata jam 11.35 pagi pada 22 Mac 2021, Ebit Lew yang memberitahu sedang transit di Dubai mahu melakukan panggilan video kepadanya namun wanita itu bertindak mematikannya.
"Dia terus buat panggilan video call, saya terus off. Dalam teks (Whatsapp) itu dia tanya kenapa off (telefon), 'tak aci'. Seingat saya masa itulah dia (Ebit Lew) buat panggilan video call dalam keadaan tidak berbaju," katanya.
Pada prosiding hari ini, pendakwaan juga mengemukakan kepada mahkamah Digital Forensic Case Report oleh Cyber Security Malaysia yang mengandungi mesej perbualan antara saksi dan Ebit Lew.
Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.
Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024

Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021. - Gambar fail/Sinar Harian
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kes Ebit Lew: Saksi khuatir orang ramai tidak percaya jika buat laporan polis
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau memang berniat membuat laporan polis terhadap Ebit Lew, namun khuatir orang ramai tidak akan mempercayainya.

Ebit Lew cerita tentang layanan seks dimahukan - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, pernah berbicara dengannya mengenai layanan seksual yang diinginkan oleh pendakwah itu.

Kes Ebit Lew: 'Mahu rendahkan ego suami' - Saksi
Saksi pendakwaan dalam kes Ebit Lew memberitahu Mahkamah dia ingin merendahkan ego suaminya selepas melihat kesan daripada peserta yang menyertai program Keluarga Sunnah.

'Ebit Lew selalu minta gambar, suruh buka semua pakaian' - Saksi
Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa pendakwah tersebut telah mengarahkannya membuka semua pakaian dan berbogel.

Saksi nafi mudah didekati, bincang imej badan untuk elak Ebit Lew minta gambar
Saksi menolak andaian bahawa dia seorang yang mudah berbincang mengenai imej badan dan menjelaskan ia adalah cara untuk mengelak daripada Ebit Lew meminta gambarnya.

'Ada hikmah rakam video, bukti suara Ebit Lew' - Saksi
Saksi yang juga pengadu dalam kes ini malah tidak menyesali tindakannya itu kerana video tersebut dijadikan bahan bukti dalam perbicaraan kes tersebut.

'Saya tidak bercinta dengan Ebit Lew' - Saksi
Saksi mengaku bahawa dia yang menaip mesej 'macam orang bercinta' namun ia bukan bermaksud bahawa dia sedang bercinta.

Ebit Lew minta saksi padam mesej melalui WhatsApp
Menurut saksi itu, Lew turut memberitahunya menerusi mesej WhatsApp pada 30 Julai 2021 bahawa telefon bimbit milik pendakwah berkenaan akan dirampas oleh pihak polis.

Saksi tidak serah telefon bimbit rakam panggilan video Ebit Lew kepada polis
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau tidak menyerahkan sebuah telefon bimbit yang digunakan untuk merakam panggilan video dengan Ebit Lew, kepada polis.

'Saya tukar nama FB, IG sebab takut Ebit Lew ganggu lagi' - Saksi
Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa dia terpaksa menukar nama dalam akaun media sosialnya di Facebook dan Instagram kerana takut diganggu oleh pendakwah tersebut.