awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GADGETS
OpenAI akan tingkatkan gaji kakitangan selepas penyelidik berjaya dipancing Meta
DUNIA
Hujan monsun ragut 45 nyawa dalam tempoh empat hari di seluruh Pakistan
BISNES
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Pengakap medium diplomasi serantau, latih pemimpin masa depan - Johari Abdul

Bernama
Bernama
29/06/2025
20:45 MYT
Pengakap medium diplomasi serantau, latih pemimpin masa depan - Johari Abdul
Johari Abdul berucap pada Majlis Penutupan Bengkel Impak Sosial dan Advokasi Rantau Asia-Pasifik 2025 pada Ahad. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Gerakan Pengakap bukan sahaja dapat mengasah potensi kepimpinan dalam kalangan belia malah menjadi medium penting bagi diplomasi serantau ke arah memperkukuh persefahaman budaya dan memupuk keharmonian.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata pendedahan kepada kepelbagaian budaya menerusi aktiviti kepengakapan mampu membentuk generasi muda yang lebih bersedia untuk memimpin dengan semangat kerjasama rentas sempadan.
"Yang penting bukan hanya melatih mereka yang terlibat dalam pengakap tetapi memastikan anak muda dari seluruh rantau bertemu, memahami budaya masing-masing dan akhirnya menghormati budaya serta kemampuan masing-masing untuk hidup bersama.
"Kalau akhirnya pemimpin-pemimpin muda itu tidak bersedia untuk memahami jiran mereka atau memahami bahawa kehidupan dunia ini bukanlah terpencil, kita mesti berganding bahu untuk memastikan kehidupan berterusan dengan lebih baik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Impak Sosial dan Advokasi Rantau Asia-Pasifik 2025 di sini pada Ahad yang turut dihadiri Ketua Pengakap Negara Mejar Jeneral (B) Profesor Datuk Dr Mohd Zin Bidin.
Johari, yang juga Ahli Majlis Pengakap Negara, berkata inisiatif pembinaan kepimpinan belia perlu dimulakan sejak di bangku sekolah melalui 'diplomasi kepengakapan' dan boleh diteruskan dalam kehidupan bermasyarakat.
Beliau berkata kerjasama serantau melalui pengakap perlu dilihat sebagai pelaburan jangka panjang untuk membina kepimpinan global yang lebih inklusif.
Program empat hari itu yang bermula Khamis lepas dianjurkan oleh Pertubuhan Pergerakan Pengakap Sedunia (Rantau Asia-Pasifik) bersama Persekutuan Pengakap Malaysia.
Lebih 50 peserta dari 15 Pertubuhan Pengakap Kebangsaan Asia Pasifik berhimpun dalam bengkel itu untuk memperkukuh daya kepimpinan, memperluas pemahaman sosial dan merangka penyelesaian yang mampan serta inklusif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#pelaburan
#Pengakap
#generasi muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami