DREBAR
Pengalaman 360 darjah bersama Honda di litar lumba


Mungkin ia lebih mudah untuk penggemar kereta dan sukan bermotor. Lihat video di bawah, di mana Honda telah mengeluarkan sebuah video 360 darjah yang menggabungkan beberapa kenderaan berprestasi tinggi masing-masing bersama pengendalinyayang dikenali ramai, kemudian melepaskan mereka di atas sebuah litar.
Dalam kes ini, litar yang dimaksudkan adalah litar Tazio Nuvolari di Itali. Antara jentera dan pemandu yang dimaksudkan pula adalah pemandu WTCC Gabriele Tarquini (memandu Civic Type R standard) dan Tiago Monteiro (Civic Type R spesifikasi WTCC).
Turut ada adalah Gordon Shedden, Matt Neal dan Jack Clarke, kesemuanya terlibat di dalam kejohanan kereta ‘touring’ British (BTCC) yang memandu Civic Type-R standard. Jack Miller, penunggang MotoGP pasukan Honda pula dengan RCV13V-nya.
Sayang sekali mereka agak manja-manja di atas litar dan tidak memandu/menunggang seperti di dalam perlumbaan, mungkin kerana litar yang basah. Tetapi pada minit 1:25, ia bertukar menjadi sedikit menarik. Jangan lupa menukar pandangan anda dan menikmati pengalaman 360 darjah yang tersedia!




Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami