PONTIAN: Sudah berhadapan dengan banjir sejak 1980 membuatkan seorang warga emas di Kampung Sri Gambut, di sini, bukan sahaja lali malah sudah bersiap sedia melakukan persiapan sekiranya bencana tersebut menjadi lebih buruk.
Pesara Ramin Kassim, 71, berkata segala barang berharga seperti barangan elektronik dan perabot telah diletakkan di tempat selamat di sudut rumah pusaka itu.
"Setiap tahun memang akan banjir tapi kalau dulu tidak sampai tahap perlu pindah ke PPS (pusat pemindahan sementara) tapi sekarang memang air sampai ke paras pinggang dan tidak selamat diduduki.
"Tahun ini sahaja dah masuk kali ketiga banjir, kalau mahu pindah pun ke mana saya mahu tinggal, inilah rumah saya lagipun ini rumah pusaka yang menjadi tanggungjawab untuk dijaga," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kawasan rumahnya hari ini.
Ramin berkata pendapatan sampingan sebagai penoreh getah juga terjejas memandangkan kejadian banjir yang berulang dua kali dalam tempoh sebulan.
"Mujur saya ada wang pencen, kalau bergantung sepenuhnya dengan pendapatan menoreh getah memang hilang sumber pendapatan," katanya yang berharap pihak berkuasa menaik taraf sistem perparitan dan inisiatif lain untuk mengatasi situasi itu.
Turut mengalami nasib serupa suri rumah Marwiah Jamin, 66, yang sudah lelah menghadapi situasi tersebut memandangkan usia yang semakin lanjut dan tahap kesihatan yang makin merosot.
"Bila dah semakin tua, lutut pun sakit. Memang seksa rasanya nak pindah dan bersihkan rumah selepas banjir surut berkali-kali dalam setahun, " katanya ketika ditemui di PPS di Sekolah Kebangsaan Melayu Raya, Pekan Nenas di sini.
Seramai 17 mangsa melibatkan empat keluarga ditempatkan di PPS itu susulan banjir yang melanda di kawasan itu bermula petang semalam.
Tinjauan Bernama di Kampung Sri Gambut hari ini mendapati empat rumah yang terletak berdekatan sungai masih digenangi air sehingga ke paras lutut dan keadaan cuaca mendung.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 14 2022
Tinjauan di Kampung Sri Gambut mendapati empat rumah yang terletak berdekatan sungai masih digenangi air sehingga ke paras lutut dan keadaan cuaca mendung. - Bernama
Pendekatan berhemah, waspada perlu dalam kes babitkan wartawan Bloomberg - Johan Jaaffar
Tan Sri Johan Jaaffar menggesa pihak polis untuk mengambil pendekatan berhemah, penuh waspada dan penuh pemahaman dalam mengendalikan kes membabitkan seorang wartawan Bloomberg, Ram Anand.
Filipina, AS tembak 'tentera penceroboh' dalam latihan di Laut China Selatan
Tentera Amerika Syarikat dan Filipina melepaskan tembakan peluru berpandu dan artileri ke arah pasukan 'tentera penceroboh' dalam latihan perang di pantai utara Filipina pada Isnin.
Rakaman dashcam puting beliung di Nebraska
Visual yang anda saksikan tadi adalah rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) yang menunjukkan detik puting beliung di Nebraska pada 26 April lalu.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Kenakan sekatan, hanti eksport senjata ke Israel - OIC
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam 'pembunuhan beramai-ramai' di Gaza dan menggesa 57 negara anggotanya mengenakan sekatan ke atas Israel dalam resolusi yang diterima pakai pada penghujung sidang kemuncaknya di Gambia pada 5 Mei.
Qantas Airways sedia bayar penalti 100 juta dolar Australia
Qantas Airways berkata pada Isnin bersetuju untuk membayar penalti sebanyak A$100 juta dolar Australia untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah susulan kes menjual tiket yang telah dibatalkan.
Putin angkat sumpah untuk penggal kelima pada selasa
Majlis itu yang dijadualkan berlangsung di Kremlin, menandakan permulaan penggal selama enam tahun untuk pentadbiran Putin yang memenangi 87 peratus undi semasa Pilihan Raya Presiden yang berlangsung pada Mac.
Faisal kini dirawat di ICU, perlu jalani beberapa pembedahan
Pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim, kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) susulan kejadian disimbah asid di sebuah pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Jemaah wanita dinasihat kurangkan pergerakan jika disahkan hamil
Ada nasihat siberikan Pengarah Operasi Madinah (Perubatan) Dr Mahyin Kudong kepada jemaah haji wanita yang disahkan hamil semasa musim haji baik sebelum atau selepas tiba di Tanah Suci.
Anak akan rindu nyanyian 'live' Hail Amir
Ridauddin Daud, Wartawan Astro AWANI
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan minggu lalu.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.