Penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha merupakan satu-satunya pemain dalam skuad negara terkini yang pernah merasai detik cemas menaiki kereta perisai sewaktu Malaysia menjulang Piala AFF menewaskan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno di sini, pada 2010.
Pengalaman dikepung penyokong tuan rumah dan dibaling objek keras yang dilalui Norshahrul ketika beraksi pada final berintensiti tinggi itu, amat ditagih ketua jurulatih negara Tan Cheng Hoe dalam aksi sulung Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 berdepan Indonesia, malam esok.
Cheng Hoe mengakui kelebihan dimiliki penyerang Pahang berusia 33 tahun itu atau turut dikenali sebagai Mat Yo mampu membantu pemain muda negara untuk menyerap tekanan yang bakal diberikan puluhan ribu penyokong skuad Garuda.
"Skuad 2010 dan 2019 sangat berbeza dan hanya tinggal Mat Yo (Norshahrul) seorang sahaja kini. Sudah tentu dengan pengalamannya, saya harap beliau dapat memimpin pasukan terutama di bahagian jentera serangan," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Cheng Hoe, bagaimanapun menjelaskan tanggungjawab meraih tiga mata berharga tidak terletak pada bahu Norshahrul seorang sahaja, sebaliknya seluruh barisan pemain negara.
Pengendali berusia 51 tahun itu menuntut setiap pemain bakal diturunkan pada perlawanan esok menampilkan semangat juang tinggi selain menggunakan pendekatan bermain secara berpasukan sebagai kunci utama untuk meraih kemenangan.
"Bukan kita nak letak tekanan terhadap beliau (Norshahrul), tetapi sebagai satu pasukan kita perlu saling memberi sokongan dan pada masa sama saya optimis kita mampu bermain sebagai satu pasukan dengan semangat yang tinggi," jelas bekas ketua jurulatih Kedah itu.
Sebagai rekod, Malaysia menewaskan Indonesia pada final Piala AFF 2010 dengan agregat 4-2 selepas melakar kemenangan bergaya 3-0 pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebelum tumpas 1-2 di Stadium Gelora Bung Karno pada perlawanan akhir kedua.
Kedua-dua pasukan telah merekodkan 95 pertemuan dengan kali terakhir pada 2016 menyaksikan Indonesia menang 3-0 ketika melayani kunjungan Malaysia pada aksi persahabatan antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 04 2019
Sebahagian pemain Skuad Bola Sepak Kebangsaan bergambar di balai perlepasan KLIA, 3 Sept, 2019, sebelum berlepas ke Jakarta bagi menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. --fotoBERNAMA
Guna MRE, TH perkemas sistem pengurusan makanan
TH memutuskan untuk memperkemaskan sistem pengurusan makanan untuk jemaah semasa Masyair dengan memilih mengedarkan sajian pek makanan sedia dimakan, MRE disebabkan beberapa kelebihan MRE itu sendiri di mana antaranya berupaya mengurangkan bebanan ditanggung penyedia makanan serta tukang masak.
China pertahan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China sebelum ini mendakwa Taiwan adalah sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menggelar Lai sebagai 'pemisah berbahaya' yang akan membawa 'perang dan kemerosotan' ke pulau itu.
Rusia tahan seorang lagi Leftenan Jeneral
Agensi berita TASS yang dikendalikan kerajaan melaporkan Mahkamah tentera pada Rabu memerintahkan Shamarin, dipenjarakan selama dua bulan.
Beberapa penumpang cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Dr Adinun Kittiratanapaibool berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pesakit akan lumpuh kekal.
Mahkamah Perlembagaan Thailand terima petisyen pecat Srettha
Barisan hakim mengundi dengan keputusan enam menyokong dan tiga menentang, untuk menerima petisyen berkenaan serta memberi tempoh 15 hari bagi Srettha respons kepada kes itu.
Ribuan berarak, beri penghormatan kepada Ebrahim Raisi
Penghormatan terakhir diberikan kepada Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya yang maut dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Suara Rakyat: Para nelayan harap tidak beri kesan kepada komuniti maritim
Rasionalisasi subsidi yang akan dilaksanakan kerajaan diharap tidak memberi kesan kepada para nelayan.
1 pekerja maut, 2 di ICU selepas terhidu gas beracun di loji rawatan air Singapura
Siasatan awal menunjukkan pekerja asing tersebut telah terhidu hidrogen sulfida, gas yang dihasilkan daripada enap cemar, iaitu sisa daripada proses rawatan air.
Pendidikan TVET, industri halal Malaysia-Hong Kong digiatkan
Hong Kong bersedia berkongsi kepakaran dalam pendidikan teknikal dan vokasional dengan Malaysia.
Tidak timbul isu lewat selesai skolah daif, pelaksanaan ikut giliran dan jadual
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan tidak timbul isu lewat naik taraf sekolah daif kerana ia dilaksanakan mengikut giliran dan jadual ditetapkan kerajaan.
Piala Asia: Malaysia atasi Indonesia, mara ke pusingan kedua
Skuad hoki dalam dewan lelaki negara berjaya menempah slot ke pusingan kedua Piala Asia 2024 apabila melakar kemenangan dramatik 5-4 ke atas juara Sukan SEA 2023, Indonesia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Fadillah, Elon Musk hadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai pemimpin dunia di mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) ke-10.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Terbuka Slovenia: Kebangkitan Justin Hoh bawa kepada kejuaraan
Pemain berusia 20 tahun itu berjaya menundukkan lawan dari Indonesia, Prahdiska Shujiwo.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Piala Asia: Thailand sekat impian Malaysia ke final
Tuan rumah berada di depan seawal minit ketujuh menerusi jaringan pukulan sudut penalti Todkaew Jiratchaya.
Jumlah korban banjir lahar dingin di Indonesia meningkat
Sebanyak 52 orang ditemukan terkorban dan 17 lagi dilaporkan hilang selepas banjir lahar dingin merosakkan rumah, bangunan dan kemudahan awam di wilayah Sumatera Barat, Indonesia.
Gunung berapi Ibu meletus, terbangkan abu sehingga 5 kilometer
Gunung berapi Ibu diklasifikasikan sebagai tahap bahaya ketiga, di bawah tahap tertinggi IV.
Bas terbalik di Jawa Barat ragut 11 nyawa, puluhan cedera
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan puluhan cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbalik di jalan berbukit di Subang, Jawa Barat.