awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengamal media berkampung di hadapan Istana Negara

Firdaus Azil
Firdaus Azil
16/08/2021
04:05 MYT
Pengamal media berkampung di hadapan Istana Negara
Media melaporkan Ahli Parlimen Pagoh itu akan mempersembahkan beberapa nama sebagai calon untuk Agong pertimbangkan sebagai Perdana Menteri seterusnya. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sebilangan besar petugas media dari pelbagai agensi tempatan dan antarabangsa telah mula berkampung di hadapan pintu utama Istana Negara sejak awal pagi Isnin.
Hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembahkan surat peletakan jawatan beliau.
BACA: Muhyiddin dijangka buat pengumuman khas hari ini
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Letak jawatan? Muhyiddin pengerusikan mesyuarat khas Kabinet
Selain itu media melaporkan Ahli Parlimen Pagoh itu akan mempersembahkan beberapa nama sebagai calon untuk Agong pertimbangkan sebagai Perdana Menteri seterusnya.
Berdasarkan pemerhatian Astro AWANI, media telah mula berkumpul seawal jam 7.30 pagi.
Politik | Perkembangan di Istana Negara setakat jam 10 pagi
Ekoran jumlah pengamal media yang ramai, anggpta Polis Diraja Malaysia yang berkawal telah meletakkan kon dan garisan kuning bagi tujuan keselamatan.
Selain itu PDRM juga mengeluarkan peringatan dari semasa ke semasa untuk petugas media menjaga jarak dan terus mengamalkan SOP.
BACA: Dagangan di Bursa Malaysia teramat rendah ketika dibuka pagi ini
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#calon perdana menteri
#PM letak jawatan
#Muhyiddin letak jawatan
#Calon PM
#UMNO
#Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan