KUALA LUMPUR: Dagangan di Bursa Malaysia memulakan minggu urus niaga pagi Isnin ini untuk dibuka teramat rendah di tengah-tengah sentimen lemah berikutan perkembangan politik semasa dengan indeks utama jatuh di bawah paras 1,500 mata.

Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 9.02 mata atau 0.60 peratus kepada 1,496.09 berbanding 1,505.11 pada penutupan Jumaat minggu lepas.

Indeks utama dibuka 5.19 mata lebih lemah pada 1,499.92.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 518 berbanding 44 sementara 207 kaunter tidak berubah, 1,442 tidak diniagakan dan 19 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 455.12 juta unit bernilai RM158.30 juta.

  Dagangan di Bursa Malaysia memulakan minggu urus niaga pagi Isnin ini untuk dibuka teramat rendah.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, sentimen pelabur mungkin dibantu oleh kebenaran beroperasi semula mulai hari ini aktiviti tidak penting atau non-essential dalam beberapa sektor ekonomi termasuk pembuatan.

"Memandangkan lebih banyak sektor telah dibenarkan beroperasi, pelabur mungkin memberi tumpuan kepada sektor bertemakan pemulihan seperti yang berkaitan dengan pengguna, bahan binaan dan pembinaan.

"Selain itu, saham perladangan turut menjadi perhatian kerana harga minyak sawit mentah telah menghampiri zon paras tinggi sepanjang masa," kata firma broker itu dalam nota penyelidikannya hari ini.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Petronac Chemicals, IHH Healthcare dan Hong Leong Bank masing-masing tidak berubah pada RM7.96, RM5.80 dan RM18.22. Sementara itu, Maybank, TNB dan CIMB pula turun tiga sen masing-masing kepada RM8.02, RM9.63 dan RM4 .57 dan Public Bank susut dua sen kepada RM3.92.

Bagi saham aktif, Advance Energy naik satu sen kepada 18 sen, Avillion meningkat 3.5 sen kepada 22.5 sen, Tanco dan Malayan United Industries, kedua-duanya naik setengah sen kepada 22 sen dan sembilan sen, sementara Metronic turun setengah sen kepada 3.5 sen dan Serba Dinamik lega satu sen 42.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 74.67 mata kepada 10,940.35, FBM ACE naik 152.95 mata kepada 6,986.83, FBM 70 menyusut 113.08 mata kepada 14,378.08, Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 94.17 mata kepada 11,997.04 dan Indeks FBMT 100 turun 69.31 mata kepada 10,662.42.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 55.09 mata kepada 14,728.01, Indeks Perladangan 61.72 mata lebih rendah menjadi 6,151.69, sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.01 mata kepada 188.01.

-- BERNAMA